Bahagian Pengurusan Jabatan telah bertukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan pada 16 Februari 2008 setelah penstrukturan Jabatan di luluskan. Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada 4 Cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Kewangan Dan Pembangunan, Cawangan Sumber Manusia, Cawangan Pentadbiran Dan Aset dan Cawangan Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pengarah Khidmat Pengurusan.
Objektif
“Memberi khidmat sokongan di dalam aspek pengurusan kewangan dan pembangunan, sumber manusia, teknologi maklumat dan pentadbiran am kepada semua anggota dan aktiviti lain Jabatan dengan cekap dan berkesan bagi membolehkan aktiviti Jabatan dijalankan dengan licin dan lancar”
Fungsi Bahagian
Menjalankan tugas-tugas serta menguruskan hal-ehwal kewangan, pentadbiran dan perkhidmatan kakitangan Jabatan.
Bertanggungjawab terhadap pengurusan disiplin dan motivasi kakitangan , kenaikan gaji, peperiksaan, kenaikan pangkat, pengisytiharan harta dan sebagainya.