CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN

Cawangan Pengurusan Kewangan dan Pembangunan

Norazlin bt. Abdullah
  Penolong Pengarah(Pengurusan Kewangan Dan Pembangunan)
norazlin@jpnin.gov.my

 

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran kewangan telah bertukar nama kepada Cawangan Pengurusan Kewangan dan Pembangunan pada 6 Februari 2009 setelah penstrukturan semula Jabatan. Cawangan Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah dana untuk membiayai perbelanjaan awam yang diperolehi, di belanja dan diperakaunkan. Dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Objektif

Memberi Khidmat Sokongan Dalam Aspek Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Dengan Amanah dan Berkesan Bagi Membolehkan Aktiviti Jabatan Dijalankan Dengan Sempurna dan Lancar.

 Fungsi

Mengawal dan menguruskan peruntukan jabatan. Urusan-urusan dikendalikan adalah seperti berikut :
  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan Bahagian Pengurusan dan menyelaraskan penyediaan Belanjawan Tahunan Jabatan.
  2. Menyediakan /mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  3. Menguruskan pindaan peruntukan.
  4.Menguruskan semua jenis pembayaran seperti bil/invois, tuntutan/pendahuluan diri/pelbagai, bayaran pukal dan lain-lain.
  5. Menguruskan kutipan hasil/bayaran balik.
  6. Penyediaan dan pembayaran gaji.
  7. Urusan audit dan naziran.
  8. Menyediakan penyata penyesuaian akaun vot, amanah dan hasil.
  9. Mengendalikan Akaun Amanah Promosi Perpaduan dan menyediakan laporan.
10. Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan tahunan serta laporan suku tahun Jawatan kuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
11. Memproses dan mengurus pendahuluan diri dan pelbagai.
12. Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan computer untuk kelulusan Jabatan Perdana Menteri/Perbendaharan.


Teras Program :

Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk mebiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan
Pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain berkaitan dengannya.