Junaidah Binti Abdullah Hashim Pengarah Cawangan Teknologi Maklumat junaidah@jpnin.gov.my
Fungsi
Bertanggungjawab menguruskan ,mengemaskini, menyelaras laman web dan memastikan laman web berfungsi sepenuhnya .
Bertanggungjawab merancang, membangun dan mengurus sistem aplikasi baru dan menyelenggara system aplikasi JPNIN sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa.
Bertanggungjawab merancang dan meningkatkan keperluan infrastruktur ICT JPNIN.
Bertanggungjawab memberi bantuan teknikal, khidmat nasihat, keselamatan ICT serta latihan berkaitan IT kepada pengguna di JPNIN.
Bertanggungjawab membaikpulih perkakasan dan peralatan ICT/rangkaian Jabatan.
Objektif
Mengenalpasti dan memenuhi keperluan-keperluan JPNIN dari segi operasi dan pengurusan dengan :-
Mewujudkan infrastruktur ICT dalaman dan luaran yang cepat, selamat dan berkesan;
Menyediakan kemudahan-kemudahan ICT yang mencukupi bagi membolehkan setiap personel JPNIN menjalankan tugas dengan cepat dan berkesan;
Membangun dan melaksanakan sistem-sistem aplikasi ICT bagi meningkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan JPNIN ;
Mewujudkan perkongsian maklumat dan pengetahuan melalui laman web rasmi JPNIN;
Memupuk kerjasama antara JPNIN ibu pejabat, negeri, daerah/bahagian dengan AJK Rukun Tetangga dan guru-guru Tabika Perpaduan untuk mewujudkan perkongsian pangkalan data yang bersepadu.
Teras Program
Sistem Aplikasi
Laman Web dan Multimedia
Bantuan khidmat Teknikal dan baik pulih peralatan/perkakasan ICT