Encik Kapli Bin Emek Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan kapli@jpnin.gov.my
Objektif
Membantu Pengurusan Jabatan dalam merancang dan menyelaras keseluruhan Perlaksanaan Program dan aktiviti Jabatan bagi memantapkan lagi Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Fungsi
Mengurus Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL).
Menyelaras Urusan berkaitan dengan Parlimen bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Menyelaras urusan yang berkaitan dengan Kertas Mesyuarat Jemaah Menteri.
Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa KhasKabinet Mengenai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
MenguruskanPenyediaan Perancangan Strategik Jabatan.
Menjadi Urusetia Mesyuarat Pengarah-pengarah Bahagian.
Urussetia Jawatankuasa Penyelaras Pelan Tindakan Perpaduan Negara (2011-2014).
Teras Program
Antara program - program penting yang dijalankan oleh bahagian ini adalah seperti berikut
Mesyuarat Panel PenasihatPerpaduan Negara (PANEL)
PANEL telah ditubuhkan mulai tahun 1983; -Dikenali dengan nama Majlis Perundingan Negara yang ditubuhkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 berikutan peristiwa 13 Mei 1969; -ebuah badan yang berperanan membincangkan isu-isu berhubung perpaduan, menggalakkan perhubungan kaum secara positif dan mencegah perasaan perkauman yang boleh menimbulkan konflik dan kontroversi antara kaum serta mencari jalan untuk mempertingkatkan perpaduan negara.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
-Jawatankuasa ini telah ditubuhkan berdasarkan kepada keputusan Jemaah Menteri meluluskan Pelan Tindakan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (PTPNIN) pada 17 Mei 2006; -Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan pelaksanaan Pelan TindakanPerpaduan Negara dan Integrasi Nasional 5 Tahun (2006 – 2010) serta isu-isu perpaduan yang lain; -Perlu diadakan dua (2) kali mesyuarat setahun
Mesyuarat Perancangan Strategik Jabatan
Mesyuarat Pengarah-pengarah Bahagian.
Urusan Parlimen, Dewan Rakyat/Dewan Negara/Kertas Kabinet
Jawatankuasa Penyelaras Pelan Tindakan Perpaduan Negara (2011-2014)