Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Disember 2004 telah meluluskan penubuhan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.
IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.