Mengenalpasti, merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Integrasi Nasional.
Membuat dasar serta merancang strategik pelaksanaan aktiviti yang menggalakan dan mengeratkan hubungan kaum/agama di kalangan masyarakat
Membuat dasar dan merancang starategik pelaksanaan aktiviti yang boleh mencegah ketegangan hubungan kaum/agama di kalangan masyarakat
Membuat mencegah konflik antara/sesama kaum dan masyarakat antara negeri-negeri
Menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan dan persaudaraan yang tinggi di kalangan masyarakat kea rah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu
Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri kearah mempecepatkan lagi proses perpaduan Negara
Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan,NGO dan SeKtor Swasta
Objektif
Melaksanakan program Integrasi Nasional kearah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu
Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan Negara dan semangat patriotism di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
Teras Program
Integrasi Komuniti a)Integrasi Komuniti Peringkat Kebangsaan (Sempena Sambutan Minggu Perpaduan) b)Integrasi Komuniti Sempena Pesta Kaamatan c)Integrasi Komuniti Sempena Hari Gawai d)Integrasi Komuniti Sempena Hari Malaysia e)Integrasi Komuniti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Integrasi Silang Budaya a)Kem Integrasi Silang Budaya Peringkat Kebangsaan
Integrasi Ilmu a)Integrasi Ilmu Pelajar IPT di Negeri Sabah b)Integrasi Ilmu Pelajar IPT di Negeri Sarawak c)Integrasi Ilmu Pelajar IPT di Negeri Semenanjung
Integrasi Ilmu Pelajar Cemerlang
Integrasi Wilayah Pemimpin Masyarakat
Program Kursus Orientasi a)Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang Baru Bertugas di Negeri Sabah 2011 b)Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang baru bertugas di Negeri Sarawak c)Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang berasal dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang baru bertugas di Negeri-negeri di Semenanjung Bil.1 d)Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang berasal Dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang baru Bertugas di Negeri-negeri di Semenanjung Bil.2
Program 1Malaysia a)Kursus 1 Malaysia b)Bengkel 1 Malaysia