Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Januari 2010 telah memutuskan untuk melantik Y.Bhg Datuk Hajah Ilani Binti Dato’ Haji Isahak sebagai Penyelaras Khas bagi membantu kerajaan mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara agama di negara ini demi meneruskan usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan sosial.
Seterusnya, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 24 Februari 2010 telah memberi persetujuan mengenai penubuhan Jawatankuasa Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama. Penubuhan Jawatankuasa ini merupakan kesinambungan usaha-usaha Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama di bawah Panel Penasihat Perpaduan Negara.