BAHAGIAN PERPADUAN MASYARAKAT

Bahagian Perpaduan Masyarakat

 

Kosong

Norihan bt Ali
 Pengarah Perpaduan Masyarakat
norihanali@jpnin.gov.my

 

Fungsi

Bahagian Perpaduan Masyarakat terbahagi kepada dua unit iaitu :

   A. Unit Patriotisme
   B. Unit Rukun Negara
 

A.  Unit Patriotisme
Merancang dan melaksanakan program/aktiviti kemasyarakatan peringkat kebangsaan seperti :

  1.  Sambutan Minggu Perpaduan
  2.  Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional Antara Institusi Pengajian Tinggi
  3.  Kempen Kibar Jalur Gemilang
  4.  Kem Padu Anak Malaysia
  5.  Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan
  6.  Pertandingan Fotografi Perpaduan

B.    Unit Rukun Negara
Merancang dan melaksanakan program/aktiviti berbentuk kenegaraan yang mempunyai  nilai-nilai murni yang terkandung dalam Lima Prinsip Rukun Negara.   Unit Rukun Negara mensasarkan program/aktiviti khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej komuniti, institusi perguruan dan sebagainya.

 

Objektif

  • Merancang dan melaksanakan program aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat yang boleh merapatkan perhubungan kaum/etnik dan memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat ke arah mencapai perpaduan Negara dan integrasi nasional.
  • Menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan dan persaudaraan yang tinggi di kalangan masyarakat ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.