Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

Pejabat Ketua Pengarah

Bahagian yang terlibat di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah seperti berikut:

Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada:

  1. Cawangan Sumber Manusia

     
    1. Unit Pembangunan Organisasi

      • Menyemak Waran Perjawatan/ Senarai Perjawatan Tahun semasa dan merancang pengisian mengikut bilangan perjawatan yang diluluskan;
      • Merangka Pelan Penstrukturan/ Pengukuhan Perjawatan JPNIN bagi setiap tempoh lima (5) tahun;
      • Melaksanakan urusan pengambilan, pelantikan, penempatan dan pertukaran pegawai di Jabatan;
      • Melaksanakan urusan peperiksaan yang melibatkan Subjek Jabatan dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL); dan
      • Melaksanakan pelbagai kursus samada bagi tujuan pengesahan perkhidmatan seperti Program Transformasi Minda (PTM) atau kursus lain seperti keperluan berkursus 7 hari setahun.
    2. Unit Perkhidmatan, Prestasi dan Tatatertib

      • Melaksanakan urusan asas perkhidmatan yang melibatkan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen dan Persaraan;
      • Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat;
      • Melaksanakan urusan Pergerakan Gaji Tahunan dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang/ Pingat Perkhidmatan Cemerlang;
      • Melaksanakan urusan tatatertib pegawai-pegawai di Jabatan sehingga mendapat keputusan muktamad daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam; dan
      • Menguruskan perkara-perkara berkaitan perkhidmatan yang lain seperti emolumen, elaun dan kemudahan dan cuti.
    3. Unit Kontrak

      • Melaksanakan urusan perkhidmatan bagi pegawai-pegawai kontrak Jabatan melibatkan pengambilan, pelantikan, pembaharuan, pertukaran dan penamatan kontrak perkhidmatan; dan
      • Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan urusan perkhidmatan pegawai kontrak seperti emolumen, elaun dan kemudahan dan cuti.
    4. Unit HRMIS

      • Mengurus dan mengemaskini data perjawatan, profil perkhidmatan dan profil peribadi pegawai di dalam modul utama sistem HRMIS apabila terdapat pelantikan baru dan pertukaran pegawai di Jabatan;
      • Memantau dan mengemaskini aliran penyeliaan di dalam sistem HRMIS bagi memudahkan sebarang urusan lain untuk dilaksanakan seperti penilaian prestasi dan kelulusan cuti; dan
      • Memantau pengemaskinian modul dan submodul utama sistem HRMIS seperti Pengisytiharan Harta, Sasaran Kerja Tahunan(SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

 

  1. Cawangan Pengurusan Kewangan dan Pembangunan

     
    1. Unit Kewangan

      • Menyediakan/ mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
      • Menguruskan pindah peruntukan.
      • Menguruskan semua jenis pembayaran seperti bil/invois, tuntutan/pendahuluan diri/pelbagai, bayaran pukal dan lain-lain.
      • Menguruskan kutipan hasil/bayaran balik.
      • Penyediaan dan pembayaran gaji.
      • Memantau pematuhan pengurusan kewangan Jabatan dan Negeri, urusan audit dan naziran.
      • Menyediakan penyata penyesuaian akaun vot, amanah dan hasil serta lain-lain laporan perakaunan.
      • Menyediakan laporan perbelanjaan dan Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Suku Tahunan.
      • Memproses dan mengurus pendahuluan diri dan pelbagai.
      • Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan komputer untuk kelulusan Jabatan Perdana Menteri/Perbendaharan.
      • Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pemeriksaan Bajet.
      • Memantau prestasi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Jabatan.
      • Memantau, menyelaras prestasi kerangka keberkehasilan Jabatan dan melaporkan kepada Pegawai Pengawal.
    2. Unit Perolehan

      • Menerima, menyemak dan memproses permohonan pesanan tempatan (LO) yang diterima dari bahagian/unit.
      • Menguruskan perolehan Jabatan secara pembelian terus, sebutharga, tender dan rundingan terus.
      • Menguruskan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Jabatan.
      • Menyemak dan memproses permohonan kelulusan berbelanja program / kursus / latihan / bengkel Jabatan peringkat Ibu Pejabat dan juga negeri-negeri.
      • Menguruskan permohonan kelulusan kadar daripada Kementerian Kewangan bagi perolehan-perolehan yang melibatkan kelulusan kadar.
      • Memantau Laporan Tanggungan Belum Selesai (TBS) Ibu Pejabat dan semua PTJ.
      • Memantau laporan 75% penggunaan sistem ePerolehan Jabatan.
      • Memantau laporan prestasi pelaksanaan eBidding Ibu Pejabat dan semua PTJ.
      • Memantau laporan Government Procurement Information System (GPIS) Ibu Pejabat dan semua PTJ.
      • Mengurus dan mentadbir kontrak bagi perkhidmatan atau perolehan yang bermasa.
    3. Unit Pembangunan

      • Menyediakan anggaran Belanjawan Pembangunan projek Jabatan untuk Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Kajian Separuh Penggal.
      • Memastikan peruntukan tahunan projek pembangunan Jabatan dibelanjakan dengan baik dan mengikut unjuran yang telah ditetapkan.
      • Memastikan perancangan projek – projek pembangunan Jabatan dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan, dilaksanakan tidak melebihi siling, mengenal pasti masalah – masalah projek serta mengenal pasti isu – isu yang perlu diselesaikan berkaitan projek.
      • Menyelaras urusan perlantikan juruperunding iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembangunan di peringkat Jabatan bagi kajian pelan induk, reka bentuk awal dan akhir, serta penyediaan terms of reference dan statement of needs.
      • Menilai cadangan JKR serta mengadakan rundingan kewangan dengan JKR dan menyelaras perjanjian untuk ditandatangani bagi projek pembangunan Jabatan sekiranya perlu.
      • Melaksana dan menyelaras semua projek pembangunan Jabatan termasuk projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana.
      • Menyelaras isu–isu berbangkit berhubung dengan pelaksanaan projek pembangunan Jabatan yang melibatkan koordinasi dengan negeri, agensi teknikal dan syarikat terlibat
      • Menyelaras dan menyemak permohonan pembaikan daripada negeri-negeri bagi kerja-kerja pembaikan/penyelenggaraan TP/PRT/PAP untuk agihan peruntukan.
      • Menjalankan verifikasi teknikal bagi permohonan pembaikan/penyelenggaraan TP/PRT/PAP.
      • Bertanggungjawab terhadap penyediaan kertas jawapan Parlimen dan Kabinet berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan.

 

  1. Cawangan Pentadbiran dan Aset

     
    1. Unit Pentadbiran

      • Semua urusan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
      • Semua urusan surat menyurat.
      • Semua urusan fail.
      • Semua hal ehwal berkaitan keselamatan.
      • Semua urusan pembaikan alatan pejabat.
      • Urusan kebersihan pejabat.
      • Menguruskan semua permohonan lawatan ke luar negara secara persendirian.
      • Menguruskan tempahan bilik mesyuarat.
      • Perpustakaan.
      • Mengurus Kenderaan Jabatan.
      • Menguruskan permohonan berkaitan dengan sewaan ruang pejabat baru/perlanjutan dan kelas tabika perpaduan baru/perlanjutan.
      • Urus setia Mesyuarat Bersama Jabatan.
    2. Unit Pengurusan Aset

      • Mengurus Aset Alih Kerajaan dan Stor Jabatan.
      • Menguruskan permohonan berkenaan pembelian aset, penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.
      • Menguruskan permohonan berkenaan dengan pembelian peralatan pejabat, penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusandan kelihangan dan hapuskira.
      • Mengurus dan memastikan pengurusan stor dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan dan kualiti stok sentiasa terjamin mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009: Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.
      • Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan dan Jawatankuasa Penyiasat.
      • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK).

 

  1. Cawangan Teknologi Maklumat (CTM)

    • Bertanggungjawab menguruskan, mengemaskin,menyelaras laman web dan memastikan laman web berfungsi sepenuhnya.
    • Bertanggungjawab merancang, membangun dan mengurus sistem aplikasi baru dan menyelenggara sistem aplikasi JPNIN sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa.
    • Bertanggungjawab merancang dan meningkatkan keperluan infrastruktur ICT JPNIN.
    • Bertanggungjawab memberi bantuan teknikal, khidmat nasihat, keselamatan ICT serta latihan berkaitan IT kepada pengguna di JPNIN.
    • Bertanggungjawab membaikpulih perkakasan dan peralatan ICT/rangkaian Jabatan.

 

  1. Unit Integriti, Inovasi dan Kualiti (UNiQ)

    • Bengkel Inovasi dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
    • Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovasi untuk AIJPM dan KIK untuk Konvensyen KIK JPM.
    • Melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
    • Melaksanakan Kursus Pengenalan Prosedur MS ISO 9001:2008 untuk pegawai baru.
    • Melaksanakan Bengkel Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2008.
    • Menyelaras Perlaksanaan Audit Kualiti Dalaman (AKD) dan Audit Susulan AKD.
    • Menyelaras Perlaksanaan Task Force AKD bagi persediaan audit SGS(M).
    • Menyediakan jadual untuk Audit Kualiti Dalaman MS ISO dan Audit Task Force.
    • Menyelaras audit pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh audit luaran SGS (M).
    • Meneliti Laporan penemuan dan tindakan NCR Audit SGS (M).
    • Melaksanakan Bengkel Pemurnian MS ISO 9001:2008 JPNIN.
    • Menyampaikan Nilai-Nilai Murni daripada Mutiara Kata dan Kod Etika melalui email kepada semua warga JPNIN dan menampal poster Mutiara Kata dan Kod Etika di Aras 8 dan 9.
    • Melaksanakan Mesyuarat dan laporan Integriti.
    • Menyampaikan Info Integriti melalui email kepada semua warga JPNIN dan tampal poster info integriti di setiap aras.
    • Urus setia untuk Jawatankuasa Kecil Hari Inovasi peringkat JPM.

 

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

  • Menyediakan latihan yang berkualiti kepada para pegawai Jabatan juga kumpulan sasar Jabatan iaitu Ahli Rukun Tetangga.
  • Memberi fokus dalam melahirkan in-house trainers yang akan melatih dan mengendalikan latihan dengan lebih berkualiti.
  • Berhasrat untuk menjadi Rakan Penyampaian Perkhidmatan terutamanya dalam bidang Pendidikan Perpaduan dan menjadi champion dalam membudayakan perpaduan (unity enculturation) kepada masyarakat Malaysia seluruhnya.
  • Menyelaras kajian-kajian yang telah digerankan kepada penyelidik dari Universiti Awam dan Swasta yang terpilih. Hasil daripada kajian-kajian yang dilaksanakan boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam usaha menangani isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Dibawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Tiga (3) bahagian yang terlibat adalah:

  1. Bahagian Dasar Dan Perancangan

    • Urus setia Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bahagian.
    • Merancang dan menyediakan Perancangan Strategik Jabatan.
    • Menyelaras urusan berkaitan dengan Parlimen bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    • Menyelaras urusan yang berkaitan dengan Kertas Jemaah Menteri serta menyediakan maklum balas untuk Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Pasca Kabinet.
    • Urus setia Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.
  2. Bahagian Pengurusan Perpaduan

    • Mengesan, memantau dan mengenal pasti isu-isu/insiden yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan Negara.
    • Menentukan semua kawasan berisiko di tahap “HIJAU” sepanjang tahun.
    • Indeks Ketegangan Masyarakat tidak melebihi 25 kes per sejuta penduduk melalui Program Intervensi.
    • Menyelaras pelaksanaan Program Sidang Mediator Komuniti (PSMK).
    • Menyediakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian Masyarakat Bulanan kepada YB Menteri dan Suku Tahun kepada Jemaah Menteri.
    • Melakukan pendampingan awam (community engagement) bersama-sama pemegang taruh (stakeholder) melalui perbincangan meja bulat.
    • Sekretariat kepada Jawatankuasa Teknikal International Convention on The Elimination of All Form of Racial Discrimination (ICERD).
  3. Bahagian Hal Ehwal Agama

    • Mengesan dan menyampaikan isu-isu berkaitan hubungan antara agama kepada kabinet dan agensi Kerajaan yang berkaitan untuk tindakan penyelesaian.
    • Menyediakan jawapan dan maklumat tambahan bagi soalan yang berkaitan hal ehwal agama dalam urusan Parlimen (Dewan Rakyat/Dewan Negara).
    • Menyelaras tindakan penyelesaian yang perlu diambil berdasarkan keputusan atau syor berkaitan hubungan antara agama.
    • Memantau dan melaksanakan intervensi berkaitan isu-isu antara hubungan agama berdasarkan keperluan.
    • Menyediakan platform perbincangan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan hubungan antara agama.
    • Menyediakan kertas kabinet yang berkaitan hubungan antara agama.
    • Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut-Penganut Agama (JKMPKA) dalam mesyuarat, aktiviti, program dan sebagainya yang dicadangkan oleh JKMPKA.
    • Menjadi urus setia bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja di bawah JKMPKA.
  4.  

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Dibawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Dua (2) bahagian yang terlibat adalah:

Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan (PMK) terdiri daripada tiga (3) unit:

  1. Unit Pembangunan Komuniti

    • Melaksana usaha-usaha memupuk, memelihara dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat melalui program Rukun Tetangga dan aktiviti kejiranan.
    • Merancang dan melaksanakan program-program Rukun Tetangga sebagai social - engineering dalam pembangunan komuniti.
  2. Unit Keselamatan Komuniti
    • Merancang dan melaksanakan program-program keselamatan komuniti melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS).
  3. Unit Khidmat Komuniti

    • Membina dan merekayasa jaringan kerjasama dalam melaksanakan program khidmat komuniti.

 

Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KSIN) terdiri daripada lima (5) unit iaitu:

  1. Unit Penggalakan Perpaduan

    • Merancang dan melaksanakan program aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat yang boleh merapatkan perhubungan kaum/etnik dan memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat ke arah mencapai perpaduan Negara dan integrasi nasional.
    • Menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan dan persaudaraan yang tinggi di kalangan masyarakat ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  2. Unit Kenegaraan

    • Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah rendah dan Menengah. Manakala Sekretariat Rukun Negara (SRN) di IPTA, IPTS, IPG, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Politeknik di seluruh negara.
    • Pelaksanaan program My Rukun Negara merupakan program khusus yang dilaksanakan di bawah KRN dan SRN. Matlamat utama program My Rukun Negara adalah untuk meningkat pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan pelajar dan mahasiswa mengenai Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
  3. Unit Integrasi Nasional

    • Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Integrasi Nasional yang menjalankan aktiviti - aktiviti perhubungan masyarakat untuk merapatkan perhubungan kaum antara wilayah ke arah mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional.
    • Memelihara, memupuk dan meningkatkan tahap perhubungan masyarakat dan integrasi nasional di Malaysia secara efisien dan efektif.
  4. Unit Hubungan Etnik

    • Menjalankan kajian keperluan pelanggan dan stakeholder untuk rekabentuk aktiviti penggalakan hubungan etnik.
    • Merekabentuk, merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai aktiviti penggalakan hubungan etnik melalui jaringan sosial.
    • Menyediakan Nota Makluman, Memorandum Jemaah Menteri dan maklumbalas yang berkaitan dengan hubungan etnik.
    • Menyediakan Laporan Penilaian Keberkesanan program/aktiviti jaringan sosial secara berkala mengikut Indeks Perhubungan Masyarakat (IPM) dan Prosedur Pengurusan Aktiviti Perpaduan/02/JPNIN.
    • Menyelaras perbincangan/seminar/persidangan/ kolokium berkaitan dengan hubungan etnik dengan kerjasama KITA.
    • Mengurus dan menyelaraskan aktiviti atas permintaan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela dan swasta.
    • Memantau aktiviti jaringan sosial bersama NGO/pertubuhan sukarela.
  5. Unit Pendidikan Perpaduan

    • Menyemai dan memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat setempat menerusi aktiviti pendidikan pra sekolah dan ko-kurikulum ke arah pembentukan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia mengikut acuan 1 Malaysia.