Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

 

 

 

KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

 

Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia,

Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, bersyukur kita dengan izinNya jua, JPNIN terus melangkah gagah ke tahun baharu 2017. Amanah yang telah diberikan ini akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas berkat kerjasama dan komitmen padu setiap warga JPNIN. Besarlah harapan saya agar kita semua dapat bersatu hati dalam memacu JPNIN ke peringkat yang lebih tinggi..

Kita perlu menghayati mesej ucaptama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perhimpunan Bersama Warga JPM Tahun 2017, yang menegaskan fokus tahun 2017 ini merupakan tahun penyampaian - year of delivery – setiap penjawat awam perlu memainkan peranan dalam melaksanakan projek, program dan perkhidmatan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara.

Selaras dengan hasrat ini, seluruh warga JPNIN perlulah memastikan proses kerja dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan supaya penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh (stakeholders) dilaksanakan dengan optimum. Usaha yang berterusan dan komitmen semua warga JPNIN amatlah penting untuk mengekalkan kesinambungan JPNIN sebagai sebuah agensi yang memelihara, mengukuhkan dan meningkatkan perpaduan di bumi tercinta ini.

Kepimpinan JPNIN di setiap peringkat perlu bijak menilai keperluan kumpulan sasar supaya kita boleh melaksanakan transformasi penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar, seterusnya menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat agar mencapai outcome serta impak yang disasarkan.

Amalan nilai-nilai murni hendaklah dijadikan amalan dalam memupuk hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama serta antara agensi. Semangat kerja berpasukan melalui TEAM JPNIN perlu dimantapkan dengan menanam sikap bantu membantu untuk menghasilkan kejayaan.

Kejayaan Jabatan ini adalah hasil semangat kerjasama dari setiap individu. Harapan saya agar kita dapat mencapai kecemerlangan bersama dan seterusnya hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan 2017 sebagai YEAR OF DELIVERY satu realiti.

Sekian.

 

“MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN”

 

Baharin Bin Idris
Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri