Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             
 

Sejarah JPNIN

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

(Jabatan Perdana Menteri)

 

1 Julai 1969

Sejarah JPNIN

Kementerian Perpaduan Negara

 

1972

Sejarah JPNIN

Lembaga Perpaduan Negara

(Jabatan Perdana Menteri)

 

1974

Sejarah JPNIN

Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara

(Jabatan Perdana Menteri)

 

1980

Sejarah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara

(Jabatan Perdana Menteri)

 

1983

Sejarah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara

(Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)

 

1990

Sejarah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(Jabatan Perdana Menteri)

 

2004

Sejarah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan)

 

2008

Sejarah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(Jabatan Perdana Menteri)

 

April 2009

Sejarah JPNIN
  • 1969
  • 1972
  • 1974
  • 1980
  • 1983
  • 1990
  • 2004
  • 2008
  • 2009
 

 

Mantan Ketua Pengarah

Syed Zainal
Syed Zainal Abidin Bin S.A.M Jamallullail

(1 Julai 1974 - 1 Julai 1975)

C. V. Bavanadan
C.V.Bavanadan

(1 Dis 1983 - 1 Dis 1987)

Jawhar Bin Hassan
Jawhar Bin Hassan

(1 April 1988 - 1 Mei 1990)

Dato' Zahari Bin Abdul Rashid
Dato' Zahari Bin Abdul Rashid
Y. Mulia Raja Zainal Bin Zahid
Y. Mulia Raja Zainal Bin Zahid

(1 Ogos 1976)

Dato' Wan Abdul Wahid Wan Hassan
Dato' Wan Abdul Wahid Wan Hassan

(16 Jun 1990 - 16 Jun 1992)

Abdul Rashid Bin Abdullah
Abdul Rashid Bin Abdullah

(16 Jun 1992 - 16 Sept 1993)

Wan Yacob Bin Hasan
Wan Yacob Bin Hasan

(1 Mei 1996 - 1 Mac 2000)

Datuk Abdul Rashid Bin Sa'ad
Datuk Abdul Rashid Bin Sa'ad

(1 Okt 2001 - 1 Okt 2003)

Zakaria Bin Ahmad
Zakaria Bin Ahmad

(1 Dis 1993 - 30 Mac 1996)

Hajah Ainon Kuntom
Hajah Ainon Kuntom

(1 Mac 2000 - 31 Mei 2001)

Dato' Dosmy Bin Hj. Ibrahim
Dato' Dosmy Bin Hj. Ibrahim

(1 Nov 2003 - 6 Okt 2005)

Dato' Azman Amin Bin Hassan
Dato' Azman Amin Bin Hassan

(6 Okt 2005 - 11 Mei 2014)

Dato' Gandesan A/L Letchumanan
Dato' Gandesan A/L Letchumanan

(12 Mei 2014 - 26 Januari 2017)

 

Visi, Misi dan Moto

Misi

Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Visi

Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.

Moto

"BERSATU KITA MAJU"

Peranan JPNIN

  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional
  • Menyumbang saran pendapat dan idea bagi membantu kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat antarabangsa khususnya di bawah UNHRC (United Nations Human Rights Council) Racism and Racial Discrimination.
 

Dasar & Objektif Kualiti

Dasar Kualiti

Dasar Kualiti JPNIN adalah menjadikan JPNIN sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Objektif

Piagam Pelanggan

Bahagian Pengurusan Perpaduan (PP)

  1. Mengemukakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian Masyarakat kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan selepas setiap penghujung suku tahun.

 

Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KSIN)

  1. Mencapai sekurang-kurangnya skor 2.2 daripada skala 4.0 Indeks Perhubungan Masyarakat bagi mengukur peningkatan hubungan masyarakat dalam kalangan peserta Program Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional.
  2. Mencapai sekurang-kurangnya skor 3.5 daripada skala 5 bagi Kajian Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Tabika Perpaduan yang dilaksanakan 2 kali setahun.

 

Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan (PMK)

  1. Memaklumkan keputusan permohonan penetapan KRT selewat-lewatnya pada setiap 15 hari bulan pada setiap bulan.
  2. Memaklumkan keputusan permohonan Skim Rondaan Sukarela dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  3. Mengagihkan Geran Tahunan kepada Rukun Tetangga sedia ada sebelum 31 Mac tahun semasa.
  4. Menyalurkan geran Rukun Tetangga yang baharu ditubuhkan kepada Rukun Tetangga dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan penubuhan.
  5. Melatih Ahli Jawatankuasa Utama Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela baharu dalam tahun semasa kecuali yang diluluskan pada Oktober hingga Disember, dimana pelaksanaan latihan diadakan ke tahun berikutnya.

 

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

  1. Menyempurnakan Perjanjian Kontrak Sewaan Tabika Perpaduan Dan Ruang Pejabat Dalam Tempoh 3 Bulan Dari Tarikh Kelulusan.

 

Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

  1. Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 3 pada skala 1 daripada 5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian.
  2. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada kursus/latihan yang dirancang bagi tahun semasa.
  3. Melaksanakan sekurang-kurangnya lima (5) kajian berdasarkan isu semasa perpaduan.

 

Pencapaian Piagam Pelanggan 2016

 

Pencapaian Piagam Pelanggan 2015

 

Pencapaian Piagam Pelanggan 2014