Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             
image

PENGENALAN

Pewujudan sebuah institusi latihan untuk mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai, kakitangan dan sukarela Jabatan ini amat penting dalam membantu dalam memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevan kepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya saing dan efektif serta menghubungkan sektor akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi pelaksana kearah proses pemantapan perpaduan Negara dan integrasi nasional.

Oleh yang demikian, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan atas persetujuan dan kelulusan Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 15 Disember 2004 dengan geran pelancaran berjumlah RM 2 juta. JPNIN akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas IKLIN.

IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

IKLIN telah diilhamkan oleh YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditubuhkan untuk dua fungsi teras iaitu menjalankan kajian serta melaksanakan program latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada masa yang sama hasrat untuk menjadikan IKLIN sebagai sebuah pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul dalam bidang perpaduan akan terus menjadi focus di dalam setiap perancangan serta program yang akan dilaksanakan.

Sebagai sebuah institut yang bercita-cita untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Institut Kajian dan Latihan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) berhasrat dan bertekad mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal insan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 Negara serta selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan dan bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, yang akan menumpukan program latihannya di bidang yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

VISI & MISI IKLIN

VISI

  • Menjadi sebuah pusat kajian dan latihan yang unggul dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional

 

MISI

  • Menggalakkan perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional melalui kajian dan latihan yang terancang

HALATUJU IKLIN

  • Menjadi pusat perkongsian ilmu pengetahuan serta melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional melalui kajian dan latihan yang berkualiti
  • Membina jalinan kerjasama strategik dengan institusi tempatan dan serantau dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional
  • Menggalakkan inovasi dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional melalui kajian dan penyelidikan
  • Menjadi pusat rujukan dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasionali;
  • Membangunkan modul latihan yang komprehensif mengikut keperluan semasa dalam bidang pengurusan perpaduan dan integrasi nasional