Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

LATAR BELAKANG

Pada 20 Januari 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melantik Allahyarhamah Y.Bhg Datuk Hajah Ilani Binti Dato' Haji Isahak sebagai Penyelaras Khas bagi membantu kerajaan mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara agama di Malaysia demi meneruskan usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan sosial.

Oleh yang demikian, Jemaah Menteri dalam mesyuarat 24 Februari 2010 telah memberi persetujuan untuk menubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Penubuhan Jawatankuasa ini merupakan kesinambungan usaha-usaha Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama di bawah Panel Penasihat Perpaduan Negara. Pada 24 Februari 2016, YBhg. Dato' Azman Amin Bin Hassan telah dilantik untuk meneruskan usaha murni ini,

Bagi mengukuhkan impian ini, JKMPKA telah menubuhkan lapan (8) Jawatankuasa Kerja bagi menggerakkan aktiviti untuk mencapai visi dan misinya. Jawatankuasa Kerja itu ialah :

 

 

Jawatankuasa Kerja Persefahaman Terhadap Isu-isu Antara Penganut Agama 

 

Jawatankuasa Kerja Aktiviti dan Acara bersama Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat serta Penglibatan Belia 

 

Jawatankuasa Kerja Belia 

 

Jawatankuasa Kerja Latihan Dan Mediasi 

 

Taskforce WIHM 2017 

 

Taskforce (Khas) Kerajaan Tempatan 

 

Taskforce Pendidikan 

 

Media Team 

VISI DAN MISI

VISI

“Ke arah Malaysia harmoni dan muhibah”

MISI

“Untuk menjadi mekanisme dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara berjiwa muhibah”

OBJEKTIF

  • Memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut pelbagai agama.
  • Menjadi badan mediasi dalam isu-isu berbangkit antara penganut agama.
  • Menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.
  • Memastikan kerajaan memberi perhatian kepada suara pertubuhan dan badan agama.

 

Melalui langkah-langkah berikut ;

 

 

Meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama dan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat.

 

Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai agama.

 

Melaksanakan secara bersama aktiviti kemasyarakatan.

RUKUN NILAI

MUHIBBAH

  • Musyawarah (Dialogue)
  • Ukhuwah (Kinship)
  • Harmoni (Harmony)
  • Ikhlas (Sincerity)
  • Bersangka Baik (Mutual Trust)
  • Amanah (Integrity)
  • Hormat (Respect)