Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

Objektif

Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara

 

Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid

 

Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara

 

 

Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara

 

 

Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, Toleransi dan kerjasama antara kaum

 

 

Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti

 

Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

Pengisian Program dan Aktiviti KRN

 
  • Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid.
  • Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum.
  • Perisytiharan Rukun Negara
  • Cara Permohonan
  • Soalan Lazim

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat :

  • Memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Huraian

A) Kepercayaan

  1. Negara Bersatu

    • Kita mendukung cita-cita hendak mencipta satu Bangsa dan Negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing.Malaysia adalah terdiri dari berbilang kaum dengan berbagai-bagai persoalannya.Keadaan ni bertambah rumit oleh kerana sesetangah golongan ekonomi yang terdiri daripada kaum-kaum tertentu yang dengan secara kebetulan pula terdapat di kawasan – kawasan tertentu.
    • Masyarakat ini pula dibelahbagi oleh jarak generasi yang jelas sehingga perhubungan yang berkesan di antara generasi bertambah susah di laksanakan.Walau demikian,dari unsur-unsur yang berlainan ini,kami bercita-cita hendak membentuk satu Bangsa dan Negara yang bersatupadu di mana kesetiaan dan perasaan cinta tidak berbelahbagi terhadap bangsa dan Negara selaras Perlembagaan yang mengatasi segala kesetiaan terhadap mana-mana pihak yang lain.
    • Kita mendukung cita-cita memelihara satu system pemerintahan di mana Negeri-negeri anggotanya bergabung dalam bentuk kerajaan bersekutu dan dalam Persekutuan ini tujuan-tujuan kebangsaan akan diusahakan selaras dengan pemeliharaan hak-hak kerajaan negeri.
  2. Masyarakat Demokratik
    • Kita mendukung cita-cita hendak memelihara satu cara hidup demokratik di mana kekuasaan akhirnya terletak pada rakyat yang bertindak melalui Parlimen yang dilantik menerusi Perlembagaan.Kita semua menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan tidak mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing. Dalam sistem kita ini kepentingan Bahasa dan Negara mesti didahulukan.
    • Kepentingan keseluruhan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu pihak kerana jika tidak demikian,nescaya kestabilan dan keselamatan Negara akan terancam. Perlembagaan kita menjamin asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang Negara,tetapi hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan,atas nama demokrasi bagi membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.
  3. Masyarakat Adil
    • Kami mendukung cita-cita hendak mencipta satu masyarakat yang adil di mana semua anggotanya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan Negara.Sesuatu masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaaan Negara dibahagi dengan adil saksama.Untuk mencapai tujuan ini amatlah penting pihak-pihak yang lemah dan berkurangan diberi bantuan supaya mereka dapat bertanding setaraf dengan pihak-pihak lain.
    • Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas dari penindasan seseorang terhadap yang lain.
  4. Masyarakat Liberal
    • Kita mendukung cita-cita hendak memelihara wujudnya dan perkembangan satu masyarakat yang liberal di mana anggotanya bebas menganut agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing yang berkesesuaian dengan kepentingan perpaduan Negara.
    • Bangsa dan Negara Malaysia sesungguhnya mempunyai kekayaan dan perbezaan kebudayaan. Kami bercita-cita hendak mencipta satu masyarakat di mana keadaan berlainan budaya itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.
  5. Masyarakat Progresif
    • Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang progresif,yang mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai ketuhanan.Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan bersifat revolusi dalam bidang ilmu pengetahuan sains dan teknologi.
    • Masyarakat progresif yang cita-citakan itu adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi serta tidak terkeluar dari batas nilai-nilai ketuhanan.

 

B) Kepercayaan

  1. Kepercayaan kepada Tuhan

    • Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat.
    • Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atasalas an agama adalah dilarang.
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    • Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat.
    • Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan, maka demikianlah juga sisitem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai ketua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik. Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang bener-benar jujur.
    • Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan.
    • Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanahair inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu Bangsa yang bersatupadu. Kesetiaan kepada Negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelahbagi kepada Negara ini.
  3. Keluhuran Perlembagaan
    • Kewarganegaraan member seseorang itu taraf keanggootaan sebuah negara. Perlembagaan member kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap Bangsa da Negara. Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan.
    • Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan.
    • Tanggungjawab mulia dan suci seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.
  4. Kedaulatan Undang-undang
    • Keadilan diasaskan atas kedaulatan undan-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri. Perlembagaan member kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan.
    • Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
    • Kedaulatan undang-undang terjamin denga adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
    • Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila.
    • Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.

PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing-masing.

Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut:-

  • Perlembagaan kelab;
  • Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
  • Senarai aktiviti utama kelab; dan
  • Laporan Kewangan.

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

S: Berapakah jumlah geran pelancaran Kelab Rukun Negara yang diberikan kepada setiap sekolah yang dipilih menjadi kelab rukun Negara?

J: RM1000.00

S: Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Kelab Rukun Negara?

J: Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

S: Adakah geran peruntukan Kelab Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun?

J: Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja.

S: Apakah aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Kelab Rukun Negara

J: Aktiviti KRN boleh dilaksanakan seperti yang digariskan dalam Buku Panduan KRN

S: Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan dengan Kelab Rukun Negara?

J: