Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

image

PENGENALAN

Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif.

MISI & OBJEKTIF

MISI

 

  • Mengurangkan pergaduhan antara kaum melalui Mediator Komuniti untuk meningkatkan keharmonian masyarakat.

 

OBJEKTIF

 

  • Memelihara keharmonian masyarakat melalui mediasi di antara pihak yang bertelagah.
  • Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat.
  • Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat.

 

PERANAN

  • Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan.
  • Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat.
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan.
  • Menenteramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka.
  • Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan.

KOD ETIKA

Prinsip dan etika kerja yang didokong oleh MK adalah seperti berikut:-
  1. Berkecuali
    • Melaksanakan tugas dengan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.
  2. Amanah
    • Melaksanakan tugas dengan telus dan penuh jujur, ikhlas serta bertanggungjawab.
  3. Integriti
    • Tidak melakukan rasuah atau menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri serta bagi pihak yang berkepentingan.
  4. Bertanggungjawab
    • Mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta komited di dalam menjalankan tugas.
  1. Komitmen
    • Sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak membelakangkan kewajipan awam kerana kepentingan peribadi.
  2. Dedikasi
    • Bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan demi kepentingan komuniti.
  3. Berdisiplin
    • Sentiasa berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang diguna pakai dan menepati masa.
  4. Profesional
    • Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat serta memiliki ciri-ciri yang kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akauntabiliti.