Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

PENGENALAN

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

 

 

Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio-ekonomi negara seperti berikut :

FUNGSI DAN TUGAS JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

SEKSYEN & AKTA RUKUN TETANGGA 2012

 

  • Cara Permohonan
  • Soalan Lazim
  • Pautan Blog RT

Permohonan boleh dibuat secara on-line dan manual seperti berikut:

  1. Boleh layari laman web jabatan di alamat www.jpnin.gov.my di bawah Aplikasi Atas Talian:

    • Klik Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga
    • Borang Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan.
    • Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
    • Setelah selesai, klik hantar
    • Penyata Permohonan Penubuhan Skim Rondaan Sukarela atau Permohonan Peronda Skim Rondaan Sukarela akan dipaparkan
    • Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang bertanggungjawab.
  2. Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-88837000 minta disambungkan ke Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, Unit Kejiranan.  Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.

S: Bagaimanakah cara untuk menubuhkan Rukun Tetangga?

J: Terdapat 2 cara untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga

Permohonan boleh dibuat secara on-line :

  • Tuan boleh layari laman web jabatan www.jpnin.gov.my
  • Laman Utama Jabatan ini, sila klik Sistem Maklumat JPNIN (Live) Pilih
  • Permohonan Kawasan Rukun Tetangga/Skim Rondaan Sukarela > pilih Kawasan Rukun Tetangga
  • Borang Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Klik hantar
  • Penyata Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan.
  • Pohon simpan no.Rujukan Permohonan untuk semakan status.
  • Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah yang berkenaan.

Permohonan secara manual adalah dengan berhubung kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang berhampiran tempat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga itu.

S:Bagaimanakah Penilaian Keaktifan Kawasan Rukun Tetangga?

J: Secara amnya, pemarkahan tahap keaktifan Kawasan Rukun Tetangga terbahagi kepada 4 bahagian :-

  • Pengurusan Rukun Tetangga (30%)
  • Perlaksanaan Aktiviti(50%)
  • Projek Innovasi (10%)
  • Skim Rondaan Sukarela (10%)

Setiap KRT perlu mengunci masuk data keaktifan KRT di Sistem Maklumat JPNIN - Sistem e-RT-  sub modul Pengurusan KRT/Pengurusan SRS  dengan pecahan seperti berikut :-

  • Aktiviti/Program – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kepelbagaian aktiviti hendaklah juga diambil kira termasuk program anjuran bersama.
  • Mesyuarat Rukun Tetangga – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  • Kewangan RT- perlu direkod setiap transaksi di mana penyata bulanan akan di jana menerusi sistem e-kewangan atau secara manual bagi KRT yang menghadapi masalah capaian terhadap sistem ini.
  • Skim Rondaan Sukarela perlu ditubuhkan dan pengoperasiannya adalah diukur dari kekerapan rondaan yang dijalankan dan kes yang dilaporkan.

Markah Keaktifan Rukun Tetangga :-

  • 60% ke atas – Aktif
  • 20% -59% -Sederhana Aktif
  • 0% -19%- Tidak Aktif

S: Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan Kawasan Rukun Tetangga?

J: Bagi Kawasan Rukun Tetangga :

Pn Rina Binti Ab Harun

Email: rinaharun@jpnin.gov.my

Tel : 03-8883 7146

Pn Sharmila A/P Balakerisnan

Email: sharmila@jpnin.gov.my

Tel : 03-8888 8586