Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

image

PENGENALAN

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

OBJEKTIF

  • Menyemai dan memupuk semangat mihibah, kejiranan dan perpaduan dikalangan kanak-kanak.
  • Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan masyarakat.
  • Memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul.
  • Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif
  • Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian
  •  

    Mewujudkan perasan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah serta meneroka ilmu pengetahuan

  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
  • Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif
  • Memperkembangkan daya kretif dan estetika
 

PENDIDIKAN KO-KURIKULUM

  • Pendidikan ko-kurikulum merupakan salah satu aktiviti/program yang ditekankan pelaksanaannya dalam pendidikan prasekolah di kelas-kelas Tabika Perpaduan.
  • Objektif utama pelaksanaannya adalah sebagai mekanisme penyemaian dan pemupukan sikap kendiri dan personaliti seimbang di kalangan kanak-kanak.
  • Kegiatan ini juga menjadi asas kepada ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat untuk berinteraksi dan bertemu dalam kegiatan kemasyarakatan melalui program yang dilaksanakan. Pertemuan dan perjumpaan yang sering dilaksanakan melalui kegiatan kelas dan ko-kurikulum ini didapati memberi impak positif terhadap pemupukan sosialisasi yang sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
 
  • Antara jenis aktiviti/program tersebut adalah Kelas Fardu Ain dan Pertandingan Kesenian
  • Muzik dan Budaya (Melukis, Mewarna, Membaca, Bercerita, Tarian, Bersajak, Pakaian Beragam, Permainan Muzik dan Pertandingan Lagu Patriotik, Sukaneka, Tabikarama, Program Bumi Hijau, Lawatan Sambil Belajar, Sambutan Hari Bersejarah, Sambutan Hari Peristiwa, Sambutan Harijadi dan Perayaan Pelbagai Kaum)
  • Pola sosialisasi yang kerap berlaku ini akan mewujudkan hubungan, interaksi dan semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat umum. Mengikut analisa "Kajian Keberkesanan Kurikulum dan Ko-Kurikulum Serta Latihan Guru Tabika Perpaduan" yang dilaksanakan oleh Profesor Dr. Fatimah Daud pada tahun 2007 menunjukkan bahawa kegiatan ko-kurikulum telah membantu dalam penyemaian perpaduan kaum. Pelaksanaannya juga didapati pada tahap yang baik dan memuaskan. Oleh yang demikian, langkah-langkah bagi meningkatkan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum perlu diteruskan.
 

KURIKULUM

Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2003. Terdapat 6 komponen kurikulum prasekolah iaitu :

  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Fizikal
  • Kerohanian dan Moral
  • Kreativiti dan Estitika
  • Statistik
  • Cara Permohonan
  • Soalan Lazim

Permohonan boleh dibuat secara on-line dan manual seperti berikut:

  1. Boleh layari laman web jabatan di alamat www.jpnin.gov.my di bawah Aplikasi Atas Talian:

    • Klik Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan

      • Borang Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan akan dipaparkan.
      • Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
      • Setelah selesai, klik hantar
      • Penyata Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan akan dipaparkan
      • Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian  yang bertanggungjawab.
  2. Sekiranya secara manual, boleh hubungi talian 03-88837000 minta disambungkan ke Bahagian Pembangunan Komuniti.  Maklumat berkenaan akan diambil maklum oleh pegawai yang bertanggungjawab dan proses seterusnya akan diserahkan kepada PPD / PPB.

S: Bagaimanakah proses dan cara untuk melaksanakan pembukaan kelas Tabika Perpaduan?

J:

  1. Permohonan dari Kawasan Rukun Tetangga.
  2. Lawatan ke Premis untuk melihat & menilai kesesuaian kelas.
  3. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri.
  4. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPNIN.
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
  6. Maklum keputusan terima/tolak kepada Pejabat Perpaduan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

S: Apakah keistimewaan atau kelebihan Tabika Perpaduan berbanding tadika lain?

J:

  1. Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976.
  2. Mempunyai sebanyak 1643 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia
  3. Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum.
  4. Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.
  5. Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
  6. Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, inovatif & terlatih.
  7. Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga.
  8. Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu Bapa.

S: Siapakah yang wajar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan dan pengendalian kelas Tabika Perpaduan?

J:

  1. Pejabat Perpaduan Daerah – Pegawai Perpaduan Daerah @ Pembantu Pegawai.
  2. Pejabat Perpaduan Negeri – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Operasi.
  3. Ibu Pejabat – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Pembangunan Komuniti.

S: Apakah peranan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan?

J:

  1. Membantu Guru/Penolong Guru berkaitan kelas Tabika Perpaduan.
  2. Membantu menjaga kebajikan kelas dan kanak-kanak.
  3. Bersama-sama menjayakan aktiviti berkaitan perpaduan.
  4. Bersama-sama menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas.

S: Apakah syarat atau kriteria pemilihan untuk menjadi kanak-kanak Tabika Perpaduan?

J:

  1. Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00.
  2. Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan.
  3. Pelbagai kaum.