Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

PENGENALAN

Taska PERMATA Perpaduan diinspirasi daripada Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

 

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PROGRAM PERMATA NEGARA

 

Teknik Pembelajaran PERMATA

 

Peralatan Pembelajaran

 

Pendekatan Berfitrahkan Kanak-kanak

 

Latihan Tenaga Pendidik

 

Pelaksanaan Secara Bersepadu

 

Kemudahan Fizikal

 

Penglibatan Ibu-bapa

OBJEKTIF

  • Menyemai dan memupuk semangat muhibah, kejiranan dan perpaduan dikalangan kanak-kanak.
  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  • Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian.
  • Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif.
  • Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan masyarakat.
  • Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif.

KURIKULUM

Sebagai sebuah program yang berfokuskan pendidikan, pelaksanaannya telah dimulakan dengan penggubalan sebuah kurikulum khas bagi Program PERMATA Negara. Penggubalan Kurikulum PERMATA Negara adalah berorientasikan pembangunan diri kanak-kanak dan berfokuskan kepada perkembangan kanak- kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal.

Kurikulum PERMATA yang juga berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan kepada lima aspek utama bagi memastikan ianya menjadi sebuah program yang holistik bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu aspek

  1. Interaksi dan komunikasi aktif
  2. Rangsangan minda dan literasi
  3. Memperkasakan kanak-kanak
  4. Pembelajaran secara bebas
  5. Pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak dan
  6. Pembelajaran melalui permainan
  • Cara Permohonan
  • Soalan Lazim
  • Pautan
  1. Cara-cara memohon :-

    • Muat turun Borang Permohonan PERMATA dari menu Muat Turun atau memohon pada premis PERMATA Perpaduan berhampiran
    • Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja,
    • Sertakan salinan fotostat yang perlu disahkan :-
      • MyKid Anak
      • MyKad kedua Ibu dan Bapa atau Penjaga
      • Salinan Rekod Kesihatan Anak yang terbaru
      • Salinan Slip Gaji atau Penyata Kewangan yang telah disahkan
  1. Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan bolehlah membuat satu surat yang ditaip atau ditulis tangan mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan dan surat ini hendaklah disahkan sebagai benar/betul oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.
  2. Permohonan yang didapati disertakan dengan maklumat palsu, sekiranya diketahui, akan menyebabkan anak tuan/puan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.
 

S: Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan anak?

J: Pemohon boleh mengambil borang permohonan PERMATA di laman web PERMATA atau blog rasmi PERMATA ataupon di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang dipohon. Selepas itu, pemohon perlulah melengkapkan borang berkenaan dan hendaklah dihantar terus ke Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri.

S: Apakah kelayakan umur untuk memasuki program PERMATA Negara?

J: Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara.

S: Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan?

J: Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.

S: Bagaimanakah memohon jawatan sebagai pendidik PERMATA Negara?

J: Bermula tahun 2012, urusan pengambilan guru atau pendidik PERMATA Negara adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Sebarang pertanyaan perlulah merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

S: Apakah kriteria atau syarat kelayakan untuk menghantar anak ke PERMATA Negara?

J:

  • Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar.
  • Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
  • Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  • Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar.
  • Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil.

 

- Tiada Kandungan -