Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                 

 

KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

 

ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN

 

Alhamdulillah, lafaz syukur saya ucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah perkenan dan izin-Nya, sekali lagi kita berkesempatan mengimarahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada 25 Jun 2017 bersamaan dengan 1 Syawal 1438 Hijrah.  Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lebaran kepada semua warga JPNIN khususnya yang beragama Islam.

Hari Raya Aidilfitri mengingatkan kita kepada kepentingan bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. An Nahl: 18)"

Saya berharap Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat disambut meriah dengan suasana dan tradisi kunjung-mengunjungi di kalangan masyarakat demi merapatkan perhubungan dan persahabatan sesama kita.  Tradisi ini merupakan bridge-builder kepada usaha memperkukuhkan lagi perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Kita perlu sedar bahawa faktor utama dalam membentuk perpaduan dan integrasi antara kaum ialah kepekaan kita terhadap perbezaan agama & budaya yang dimiliki oleh kaum-kaum yang lain yang perlu dihormati demi menjamin pembentukan jati diri bangsa.

Saya juga berharap agar aspek keselamatan di utamakan terutama semasa perjalanan balik ke kampung halaman. Pastikan kenderaan berada di dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh. Amalkan sikap bertoleransi semasa menggunakan jalan raya. Selain itu, keselamatan di kawasan perumahan juga penting. Saya menyeru agar  aktiviti rondaan di kawasan perumahan dilaksanakan secara sukarela tidak kira SRS atau orang awam bagi mencegah jenayah dan menjaga keselamatan kejiranan di kawasan perumahan semasa musim perayaan ini.

Akhir kata, saya berharap sambutan perayaan seperti ini akan dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dan interaksi antara kaum di negara ini melalui semangat kejiranan. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). 

 

Ikhlas daripada,

 

Baharin Bin Idris
Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)