Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

Tarikh    :  12 Jun 2017 ( Isnin)

Masa      :  7.30 Malam hingga 10.00 Malam

Tempat   :  Surau As Sollehin Taman Mat Salleh, Penampang

KRT Taman Mat Salleh mengadakan Majlis Nuzul Al Quran Jiran Muda dan Tunas Jiran pada 12 Jun bersamaan hari Isnin lepas di Surau As Sollehin Taman Mat Salleh, Penampang. Majlis berkenaan adalah kemuncak daripada Program Nuzul Al Quran yang diadakan sejak 27 Mei 2017. Objektif program berkenaan adalah bagi mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran, dan bagi menanam minat membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran terutama kepada Jiran Muda dan Tunas Jiran.

Majlis Nuzul Al Quran dimulakan pada jam 8.50 malam selepas semua muslimin dan muslimah yang hadir bersama-sama menunaikan Solat Berjemaah Fardhu Isyak, Solat Sunat Terawih dan Witir. Pada majlis berkenaan, seramai 20 Jiran Muda, dan 10 Tunas Jiran menyertai acara Tadarus Al Quran yang diadakan.

Perasmian majlis berkenaan disempurnakan oleh  Pengerusi KRT Taman Mat Salleh, Puan Nora binti Musa, yang juga telah menyampaikan cenderahati kepada peserta Tadarus Al Quran, Imam, Bilal dan petugas Surau sepanjang bulan Ramadhan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan morey sebelum hadirin bersurai.

<p>Majlis Nuzul Al Quran Jiran Muda dan Tunas Jiran Taman Mat Salleh,Penampang</p> <p>Majlis Nuzul Al Quran Jiran Muda dan Tunas Jiran Taman Mat Salleh,Penampang</p> <p>Majlis Nuzul Al Quran Jiran Muda dan Tunas Jiran Taman Mat Salleh,Penampang</p>