Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

Tarikh     : 9 Julai 2017 (Ahad)

Masa      :10.00 pagi

Tempat   : Dewan Sungai Napas, Beluran

Program Semarak Perpaduan KRT Kungai Sungai Napas Peringkat Daerah Beluran yang diadakan baru-baru ini telah menarik penglibatan warga KRT seramai kira-kira 250 orang. Program ini yang mana dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Labuk, En Abdul Rahman Kakawang merupakan salah satu program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh AJKRT Daerah Beluran bagi mengumpukan masyarakat setempat seterusnya mengimarahkan semangat perpaduan dan sambutan hari raya dalam kalangan AJKRT.

Antara tetamu yang turut hadir dalam program ini ialah Pn Delin Liet Blaun, Pengarah JPNIN Negeri Sabah yang berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama KRT Daerah Beluran. Dalam teks ucapannya, Pn Delin menyatakan bahawa KRT di Daerah ini perlu sentiasa aktif dalam melaksanakan program-program yang boleh menjamin kesejahteraan Komuniti sejajar dengan dasar-dasar kerajaan.

Program semarak perpaduan ini dapat memberi impak yang besar sehingga dapat mewujudkan suasana harmoni antara bangsa, etnik dan agama yang pelbagai. Perpaduan merupakan Tulang Belakang yang menyokong kehidupan masyarakat berbilang kaum.

<p>Program Semarak Perpaduan Sungai Napas Peringkat Daerah Beluran</p> <p>Program Semarak Perpaduan Sungai Napas Peringkat Daerah Beluran</p> <p>Program Semarak Perpaduan Sungai Napas Peringkat Daerah Beluran</p> <p>Program Semarak Perpaduan Sungai Napas Peringkat Daerah Beluran</p>