Bahagian Pentadbiran Jabatan telah bertukar nama kepada Cawangan Pentadbiran dan Aset pada 16 Februari 2009 setelah penstrukturan semula Jabatan. Cawangan Pentadbiran dan aset bertanggungjawab bagi hal-hal berkaitan dengan Pentadbiran Jabatan seperti merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan Aset Alih Kerajaan.
Objektif
Menguruskan semua hal ehwal pentadbiran dan aset di ibu pejabat seperti :
i.
Semua urusan penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan.
ii.
Semua urusan surat menyurat.
iii.
Semua urusan fail.
iv.
Semua hal ehwal berkaitan keselamatan.
v.
Semua urusan pembaikan alatan pejabat.
vi.
Urusan kebersihan pejabat.
vii
Menguruskan laporan kad perakam waktu.
viii.
Menguruskan semua permohonan lawatan ke luar negara secara persendirian.
ix.
Menguruskan semua makan minum dan tempahan bilik mesyuarat.
x.
Menguruskan permohonan berkaitan dengan sewaan ruang pejabat baru / perlanjutan dan
kelas tabika perpaduan baru / perlanjutan.
xi.
Menguruskan permohonan berkenaan pembelian aset, penerimaan, pendaftaran,
penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan , penyeleggaraan, pelupusan dan kehilangan dan hapus kira serta perlantikan pegawai pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan dan menjadi Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset AlihKerajaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 : Tatacara Pengursan Aset Alih Kerajaan.
xii.
Menguruskan permohonan berkenaan dengan pembelian peralatan pejabat , penerimaan ,
pendaftaran , penyimpanan , pengeluaran , pemeriksaan , keselamatan , kebersihan , pelupusan dan kehilangan dan hapus kira serta memastikan pengurusan stor dilaksanakan dengan teratur , cekap dan berkesan bagi memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan dan kualiti stok sentiasa terjamin mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009 : tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.
xiii.
Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Jabatan dan kemukan ke
peringkat JPM.
xiv.
Menguruskan Mesyuarat Bersama Jabatan , menyediakan minit dan kemukan ke peringkat
JPM dan JPA.
xv.
Menguruskan mesyuarat pentadbiran secara bulanan.
xvi.
Mengadakan perhimpunan suku tahun Jabatan , bekerjasama dengan kelab Jabatan
dalam melaksanakan program – program jabatan.
Fungsi
Menguruskan semua hal ehwal pentadbiran dan aset di ibu pejabat