Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

(JABATAN PERDANA MENTERI)

1Akses
   
             

Soalan Lazim Bahagian Korporat

  1. Apa itu Bahagian Korporat?
    Bahagian Korporat merupakan salah satu bahagian di bawah Bahagian Perancangan yang dimana di bawahnya terdapat empat (4) Unit iaitu Unit Hubungan Antarabangsa, Unit Promosi dan Penerbitan, Gerak Saraf serta Unit Khidmat Pelanggan.
  2. Apa peranan Unit Perhubungan Awam?

    Unit Hubungan Antarabangsa berperanan mengenal pasti Negara dan pertubuhan untuk diadakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di dalam bidang pengurusan perpaduan di samping itu Bahagian ini juga berperanan meningkatkan jaringan dengan agensi-agensi antarabangsa serta di luar atau di dalam Negara untuk pertukaran maklumat kepakaran dan kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam aspek pengurusan perpaduan dan hubungan antarabangsa.

    Unit ini juga berperanan memilih wakil-wakil Jabatan menyertai persidangan antarabangsa seperti Human Right Commission Alliance Of Civilizations Durban Convention dan lain-lain persidangan yang berkaitan untuk meningkatkan imej Negara di peringkat antarabangsa melalui penyertaan yang berkesan di dalam seminar, bengkel, persidangan, konvensyen dan lain-lain lagi di samping mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengurusan perhubungan ras yang baik dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang keturunan.

    Selain itu ia menggalakkan dan meningkatkan perhubungan dan pertukaran lawatan dua hala dengan mengaturkan lawatan kerja ke negara-negara maju dan membangun mengenai program yang boleh dijadikan contoh kepada Malaysia.

    Bahagian ini juga bertanggungjawab membuat persiapan untuk menerima dan menyambut tetamu yang diperlukan. Peranan atau tanggungjawab lain Bahagian ialah mengurus hal-hal yang berhubung dengan pengaduan awam.

     

  3. Apakah peranan Unit Promosi dan Penerbitan?
    Unit Promosi dan Penerbitan berperanan untuk memupuk kebudayaan perpaduan di Negara ini melalui promosi dan publisiti. Ianya bergantung kepada aktiviti dan promosi yang memerlukan perancangan yang teratur dan strategik bagi mendapatkan hasil atau kesan yang paling maksimum kepada kumpulan sasar di samping menerbitkan makalah-makalah Jabatan.

    Unit ini juga bertanggungjawab di dalam memastikan wujudnya hubungan dua hala antara Jabatan dan juga agensi-agensi luar tidak kira orang perseorangan, kumpulan individu ataupun Jabatan dan badan-badan yang boleh menyumbang terhadap objektif Jabatan.

    Oleh yang demikian, Bahagian yang akan memberi tumpuan kepada penglibatan dan peranan serta tanggungjawab Badan Bukan Kerajaan dan badan-badan korporat yang ingin terlibat dalam kebudayaan perpaduan Negara.

    Pendekatan yang lebih fokus dan strategik akan dimainkan oleh Bahagian bagi memastikan penglibatan Bahagian Korporat dalam konsep ‘smart partnership’ dengan lebih berkesan dan menguntungkan kedua-dua pihak seperti penganjuran, seminar , kolokium dan lain-lain lagi.

  4. Apakah peranan Unit Perkhidmatan Pelanggan
    Unit Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab mengenai hal-hal yang berhubung aduan awam yang diterima sama ada melalui surat atau email dan juga peranan mengenai hal-hal yang berhubung dengan pelanggan Jabatan di samping memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan.
  5. Berapakah kekerapan lawatan dari luar negeri yang diterima setiap tahun?
    Jabatan secara purata menerima 10 lawatan dari luar negeri.
  6. Bagaimana pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan?
    Pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jabatan melalui telefon, email atau surat.
  7. Mengapa delegasi daripada luar negara memilih Jabatan Perpaduan sebagai salah satu Jabatan yang dikunjungi?
    Deligasi memilih Jabatan Perpaduan kerana ingin mengetahui fungsi dan bagaimana pelaksanaan program yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum.
  8. Adakah aktiviti JPNIN mendapat penglibatan daripada luar negara?
    Aktiviti Jabatan dengan kerjasama NGO atau pengajian tinggi sentiasa melibatkan individu daripada luar negara khususnya yang berkaitan dengan hal-hal antarabangsa.
  9. Apakah alamat untuk membuat aduan melalui email?
    Aduan boleh di email ke aduan [at] jpnin [dot] gov [dot] my

Pages