Bahagian Perkhidmatan Jabatan telah bertukar nama kepada Cawangan Sumber Manusia pada 16 Februari 2009 setelah penstrukturan semula Jabatan. Cawangan Sumber Manusia bertanggungjawab bagi hal-hal berkaitan dengan Perkhidmatan setiap Kakitangan di Ibu Pejabat dan JPNIN di setiap Negeri.
Objektif
Memberi khidmat sokongan di dalam aspek pengurusan sumber manusia kepada semua anggota Jabatan dengan cekap dan berkesan bagi membolehkan aktiviti Jabatan dijalankan dengan licin dan lancar.
Fungsi
Menguruskan dan mengawasi urusan perjawatan dan perkhidmatan dalam perkara-perkara seperti berikut:
Data perjawatan serta skim perkhidmatan
Urusan rekod perkhidmatan kakitangan
Urusan pengambilan/ pembaharuan anggota Kumpulan Sokongan II, kakitangan kontrak (Pembantu Pembangunan Masyarakat, Pemandu, Guru dan Penolong Guru TabikaPerpaduan.