visi, misi, moto & piagam pelanggan

TEKS UCAPAN YBHG DATO' KP SEMPENA PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2011

 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WBH, SALAM PERPADUAN DAN SALAM 1MALAYSIA

,

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang sudi melapangkan masa untuk bersama kita pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato’ T.Murugiah diatas kehadiran kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri bukan sahaja menyerikan majlis pada pagi yang mulia ini malah, menyuntik satu semangat baru untuk kita menjayakan transformasi yang diperkenalkan oleh pucuk pimpinan negara.

Marilah kita memanjat syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat limpah perkenan serta inayahNya dapat kita berkumpul dalam satu majlis yang penuh bermakna ini. Sebelum kita menyingkap tabir 2011 marilah kita sama-sama merenung buat sejenak pencapaian kita pada tahun 2010 seperti berikut :-

       i) Aktiviti JPNIN 195,000 melibatkan 6.3 juta orang
       ii) Perluasan 550 KRT menjadi jumlahnya 5,008 KRT
       iii) Perluasan 466 SRS menjadi jumlahnya 2,246 SRS
       iv) Penubuhan 126 Sekretariat Rukun Negara di IPT
       v) Penubuhan 3,653 Kelab Rukun Negara
       vi) Menubuhkan sebanyak 20 buah Taska Permata
       vii) Melaksanakan 72 kursus melibatkan 6,605 peserta (IKLIN)
       viii) Mencapai Indeks Ketegangan Sosial pada tahap 22.5/Sejuta
       ix) Mencapai indeks GPI pada tahap 22 di dunia dan 2 di Asia
       x) Melaksanakan 6 Intellectual Discourse bersama ahli akademik
       xi) Terlibat dalam Lab NKRA 1Malaysia, NKRA Pelajaran dan Keselamatan
       xii) Penubuhan JK Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama

Dalam pada itu, pada tahun lalu selain kita diberi peruntukan Belanja Mengurus sebanyak RM 141 juta kita mendapat peruntukan tambahan dibawah NKRA sebanyak RM 58 juta iaitu RM 45 juta dibawah NKRA 1Malaysia, RM 6 juta NKRA Pelajaran dan sebanyak RM 7 juta dibawah NKRA Keselamatan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan sumbangan besar tuan/puan itu.

Syabas dah tahniah saya ucapkan diatas pencapaian itu.

 

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Syukur Alhamdulilah bagi tahun 2011 kita diberi kepercayaan sekali lagi oleh kerajaan dimana peruntukan Belanja Mengurus sebanyak RM 251 juta telah diluluskan termasuk RM 69.4 juta diperuntukkan bawah ketiga-tiga NKRA 1Malaysia, Pelajaran dan Keselamatan.

Untuk mempastikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan maka JPNIN mempunyai peranan besar dalam menjayakannya dan ini hanya dapat dicapai dengan sokongan dan kerjasama tuan/puan sekalian samada di peringkat Sokongan 1, Sokongan 2 mahupun Pengurusan dan Profesional semuanya mempunyai peranan masing-masing.

Justeru, bagi tahun 2011, pihak pengurusan tertinggi telah merancang beberapa aktiviti utama untuk dilaksanakan antaranya ialah :-

       i) Program mentransformasikan RT termasuk mendirikan pusat kawalan SRS di 300 kawasan hot spot di seluruh
          negara dan memperkenalkan pengunaan radio SRS di empat buah negeri yang panas dan menyediakan
          kemudahan kenderaan yang sesuai untuk meronda.
       ii) Mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan perpaduan melalui media massa, papan tanda dan Rukun Negara,
          filem serta aktiviti dibawah Kelab dan Sekretariat Rukun Negara.
       iii) Menyediakan Pelan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2011-2015.
       iv) Memantapkan lagi Program Mediasi Komuniti.
       v) Memperkenalkan e-mapping dalam Pengurusan Perpaduan.
       vi) Menyemarakkan dan memantapkan aktiviti, kreativiti dan innovasi Jabatan dan RT.
       vii) Melantik dan melaksanakan aktiviti Penggerak Perpaduan
       viii) Memperluaskan inisiatif klinik sosial di kawasan berisiko tinggi.
       ix) Memantapkan lagi IKLIN dalam bidang kajian serta kolaborasi dengan universiti-universiti tempatan.
       x) Menyemarakkan lagi inisiatif Gagasan 1Malaysia melalui aktiviti perpaduan.

 

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Dalam kita menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu saya ingatkan pada diri saya sendiri dan tuan/puan supaya kita melaksanakannya dengan penuh iltizam, penuh bertanggungjawab dan penuh integriti. Kita perlu sentiasa menghayati 8 nilai aspirasi dibawah Gagasan 1Malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya Ketetapan, Budaya Ilmu, Integriti, Kebijaksanaan, Ketabahan, Kesetiaan dan Budaya Innovasi.

Akhir kalam, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Menteri yang banyak memberi tunjuk ajar dan menyumbang buah fikiran kepada Jabatan dan yang paling penting sentiasa peka dan prihatin keatas keperluan dan kehendak JPNIN. Saya doakan semoga kita akan terus mengorak langkah dan menempa kejayaan dalam tahun 2011.

SEKIAN TERIMA KASIH, WASSALAMUALAIKUM WBH.