Menguruskan semua proses perolehan Jabatan termasuk perolehan secara terus, sebut harga dan tender. Memantau dan memastikan penggunaan kontrak pusat dan sistem panel bagi perolehan barangan yang disenaraikan dalam kontrak pusat dan sistem panel Kementerian Kewangan Malaysia dilaksanakan. Memastikan segala jenis perolehan Jabatan dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.
OBJEKTIF :
Memberi Khidmat Sokongan Didalam Aspek Pengurusan Perolehan Kepada Semua Anggota Jabatan Dengan Cekap dan Berkesan bagi Membolehkan Pengurusan Perolehan Dijalankan Dengan Licin dan Lancar.
TERAS PROGRAM :
Memastikan garis panduan serta pekeliling perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa dipatuhi dan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan telus. Memperbetulkan amalan serta tatacara perolehan Jabatan yang bercanggah dan menerapkan nilai bertanggungjawab serta berintegriti dalam diri setiap pegawai.