1. Apa itu bahagian korporat? Bahagian korporat merupakan salah satu bahagian dibawah bahagian Perancangan yang dimana dibawahnya terdapat 4 unit Hubungan Antarabangsa, Unit Promosi dan Penerbitan, Gerak Saraf serta Unit khidmat Pelanggan.
2. Apa peranan Unit Perhubungan Awam? Unit Hubungan Antarabangsa berperanan mengenal pasti Negara dan pertubuhan untuk diadakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di dalam bidang pengurusan perpaduan disamping itu bahagian ini juga berperanan meningkatkan jaringan dengan agensi-agensi antarabangsa serta di luar atau di dalam Negara untuk pertukaran maklumat kepakaran dan kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam aspek pengurusan perpaduan dan hubungan antarabangsa. Unit ini juga berperanan memilih wakil-wakil jabatan menyertai persidangan antarabangsa seperti Human Right Commission Alliance Of Civilizations Durban Convention dan lain-lain persidangan yang berkaitan untuk meningkatkan imej Negara di peringkat antarabangsa melalui penyertaan yang berkesan didalam seminar, bengkel, persidangan, konvensyen dan lain-lain lagi disamping mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengurusan perhubungan ras yang baik dan megwujudkan perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang keturunan. Menggalak dan meningkatkan perhubungan dan pertukaran lawatan dua hala dengan mngaturkan lawatan kerja ke Negara-negara maju dan membangun mengenai program yang boleh dijadikan contoh kepada Malaysia. Bahagian ini juga bertanggungjawab membuat persiapan untuk menerima dan menyambut tetamu yang diperlukan. Peranan atau tanggungjawab lain bahagian ialah mengurus hal-hal yang berhubung dengan pengaduan awam.
3. Apakah peranan Unit Promosi dan Penerbitan? Unit Promosi dan Penerbitan berperanan untuk memupuk Kebudayaan perpaduan di Negara ini melalui promosi dan publisiti. Ianya bergantung kepada aktiviti dan promosi yang memerlukan perancangan yang teratur dan strategik bagi memdapatkan hasil atau kesan yang paling maksimun kepada kumpulan sasar disamping menerbitkan makalah-makalah jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab di dalam memastikan wujudnya hubungan dua hala antara jabatan dan juga agensi-agensi luar tidak kira orang perseorangan, kumpulan individu ataupun jabatan badan-badan yang boleh menyumbang terhadap objektif jabatan. Oleh yang demikian, bahagian yang akan member tumpuan kepada penglibatan dan peranan serta tanggungjawab badan bukan kerajaan dan badan-badan korporat yang ingain terlibat dalam Kebudayaan perpaduan Negara. Pendekatan yang lebih fokus dan strategik akan dimainkan oleh bahagian bagi memastikan penglibatkan bahagian korporat dalam konsep ‘smart partnership’ dengan lebih berkesan dan menguntungkan kedua-dua pihak seperti penganjuran, seminar , koloqium dan lain-lain lagi.
4. Apakah peranan Unit Perkhidmatan Pelanggan? Unit Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab mengenai hal-hal yang berhubung aduan awam yang diterima sama ada melalui surat atau email dan juga peranan mengenai hal-hal yang berhubung dengan pelanggan jabatan disamping memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan jabatan.
5. Berapakah kekerapan lawatan dari luar negeri yang diterima setiap tahun? Jabatan secara purata menerima 10 lawatan dari luar negeri.
6. Bagaimana pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan? Pertanyaan boleh dikemukakan kepada jabatan melalui telefon, email atau surat.
7.Mengapa delegasi daripada luar Negara memilih Jabatan Perpaduan sebagai salah satu Jabatan yang dikunjungi? Deligasi memilih Jabatan Perpaduan kerana ingin mengetahui fungsi dan bagaimana pelaksanaan program yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum.
8.Adakah aktiviti JPNIN mendapat penglibatan daripada luar Negara? Aktiviti Jabatan dengan kerjasama NGO atau pengajian tinggi sentiasa melibatkan individu daripada luar Negara luar khususnyayang berkaitan dengan hal-hal antarabangsa.
9.Apakah alamat untuk membuat aduan melalui email? Aduan boleh di email ke aduan@jpnin.gov.my
10.Adakah jabatan menyediakan buku rujukan mencukupi mengenai kaum dan adat resam di Malaysia? a. Bahan rujukan mencukupi b. Bahan rujukan ada tetapi tidak dapat merangkumi semua kaum c. Bahan rujukan tidak memberikan maklumat yang terkini
11.Apakah pendapat anda mengenai pameran yang jabatan adakan? a. Maklumat tentang perpaduan mencukupi b. Perlu ditambah maklumat tentang perubahan c. Selain maklumat bercetak perlu ada dlam bentuk cd
12. Apakah pendapat anda tentang system aduan jabatan? a. Jabatan memberi maklum balas dengan segera b. Tiada makluman diterima selepas aduan dikemukakan c. Sistem aduan perlu dipertingkatkan kecekapan
13.Apakah manfaat yang diperolehi oleh orang awam daripada pameran-pameran yang diadakan oleh Jabatan Perpaduan? a. Dapat mengetahui lebih dalam adat resam sesuatu kaum b. Mengetahui fungsi Jabatan perpaduan c. Menambah pengetahuan tentang kaum yang ada di Malaysia
Soalan Lazim Tabika Perpaduan
1. Bagaimanakah proses dan cara untuk melaksanakan pembukaan kelas Tabika Perpaduan? i. Permohonan dari Kawasan Rukun Tetangga. ii. Lawatan ke Premis untuk melihat & menilai kesesuaian kelas. iii. Perlu perakuan dan dimukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri. iv. Perlu perakuan dan dimukakan kepada Ibu Pejabat JPNIN. v. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan. vi. Maklum keputusan terima/tolak kepada Pejabat Perpaduan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
2.Apakah keistimewaan atau kelebihan Tabika Perpaduan berbanding Tadika lain? i. Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976. ii. Mempunyai sebanyak 1593 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia. iii. Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum. iv. Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara. v. Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. vi. Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, Inovatif & terlatih. vii. Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga. viii. Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu Bapa.
3. Siapakah yang wajar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan dan pengendalian kelas Tabika Perpaduan? i. Pejabat Perpaduan Daerah – Pegawai Perpaduan Daerah @ Pembantu Pegawai. ii. Pejabat Perpaduan Negeri – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Operasi. iii. Ibu Pejabat – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Pembangunan Komuniti.
4. Apakah peranan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan? i. Membantu Guru/Pen. Guru berkaitan kelas Tabika Perpaduan. ii. Membantu menjaga kebajikan kelas & kanak-kanak. iii. Bersama-sama menjayakan aktiviti berkaitan perpaduan. iv. Bersama-sama menjaga kebersihan, kecantikan & keselamatan kelas.
5. Apakah syarat atau kriteria pemilihan untuk menjadi kanak-kanak Tabika Perpaduan? i. Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00. ii. Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan. iii. Pelbagai kaum.
Soalan Lazim Kelab Rukun Negara
1. Berapakah jumlah geran pelancaran Kelab Rukun Negara yang diberikan kepada setiap sekolah yang dipilih menjadi kelab rukun Negara? RM1000.00
2. Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Kelab Rukun Negara? Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
3. Siapakah yang boleh dibubungi berkaitan dengan Kelab Rukun Negara? Puan Norazila Sahak email : norazila@jpnin.gov.my Tel : 03-88837151 Encik Mohd Shahril Rohaiza.
4. Bilakah Kelab Rukun Negara ditubuhkan? Ditubuhkan pada tahun 2007
5. Adakah peruntukan geran Kelab Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun? Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja.
Soalan Lazim Sekretariat Rukun Negara
1. Berapakah jumlah geran pelancaran Sekretariat Rukun Negara yang diberikan kepada setiap universiti yang dipilih menjadi ahli? RM3000.00
2.Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Sekretariat Rukun Negara? Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
3. Siapakah yang boleh dibubungi berkaitan dengan Sekretariat Rukun Negara? Puan Norazila Sahak email : norazila@jpnin.gov.my Tel : 03-88837151 Encik Mohd Shahril Rohaizad
4. Bilakah Sekretariat Rukun Negara ditubuhkan? Ditubuhkan pada tahun 2008
5. Adakah peruntukan geran Sekretariat Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun? Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja
Soalan Lazim Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional
1. Apakah dia Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)? Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)ialah sebuah Institusi yang telah ditubuhkan secara pentadbirannya di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Dimana IKLIN menjalankan Kajian/Penyelidikan dan Latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional disamping menjadi pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul. Pada masa yang sama, IKLIN berperanan untuk melahirkan pengamal sosial yang berwibawa dari kalangan pegawai dan kakitangan JPNIN serta pemimpin Rukun Tetangga disemua peringkat.
2. Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran IKLIN? Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) mensasarkan kepada 3 kumpulan sasar yang layak menyertai kursus yang dianjurkan oleh IKLIN iaitu pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan serta Ahli Rukun Tetangga dan NGO’s.
3. Dimanakah boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan kursus/latihan yang dianjurkan oleh IKLIN? Semua maklumat berkenaan denganKursus/Latihan IKLIN boleh terus ke:
Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Aras 10, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajan Persekutuan, 62502, Putrajaya. No. Tel : 03-8883 7000 Fax : 03-8888 8598 Emel : iklin@jpnin.gov.my
Semua maklumat mengenai kursus/latihan IKLIN melalui laman web www.jpnin.gov.my
4. Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh IKLIN? Setiap tahun IKLIN menawarkan kursus-kursus mengikut kumpulansasar utama iaitu pegawai dan kakitangan Jabatan,guru dan penolong guru Tabika Perpaduan serta AJK Rukun Tetangga dimana melibatkan kemahiran berkomunikasi, protocol dan Etiket, Team Building, Modul Asas Rukun Tetangga, Kemahiran Mediasi dan lain-lain.
5. Bagaimanakah prosedur permohonan kursus yang dianjurkan oleh IKLIN? Berikut adalah prosedur permohonan kursus anjuran IKLIN : 1. IKLIN akan menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunan dalam program latihan IKLIN. Surat tawaran akan dikeluarkan kepada bahagian dan negeri. 2. Pegawai Jabatan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing kepada Pengarah IKLIN. Ketua Jabatan juga boleh melantik pegawai yang berkelayakkan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh IKLIN.
6. Siapakah tenaga pengajar kursus/latihan anjuran IKLIN? IKLIN akan mennguunakan tenaga pengajar dalaman yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan uang berkelayakkan. Namun perkhidmatan dari luar juga digunakan mengikut kepakaran-kepakaran yang diperlukan