W3C Accessibility

Text Size IncreaseSize ResetSize DecreaseSize | Color Reset Theme Blue Theme Black Theme Brown Theme

SOALAN LAZIM
 

S: Bagaimanakah cara untuk menubuhkan Rukun Tetangga?

J: Terdapat 2 cara untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga

  1. Permohonan boleh dibuat secara on-line :-
    • Tuan boleh layari laman web jabatan www.jpnin.gov.my
    • Laman Utama Jabatan ini, sila klik Sistem Maklumat JPNIN (Live)Pilih
    • Permohonan Kawasan Rukun Tetangga/Skim Rondaan Sukarela > pilih Kawasan Rukun Tetangga
    • Borang Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
    • Klik hantar
    • Penyata Permohonan Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga akan dipaparkan.
    • Pohon simpan no.Rujukan Permohonan untuk semakan status.
    • Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah yang berkenaan.
       
  2. Permohonan secara manual adalah dengan berhubung kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang berhampiran tempat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga itu.

S:Bagaimanakah Penilaian Keaktifan Kawasan Rukun Tetangga?

J: Secara amnya, pemarkahan tahap keaktifan Kawasan Rukun Tetangga terbahagi kepada 4 bahagian :-

  1. Pengurusan Rukun Tetangga (30%)
  2. Perlaksanaan Aktiviti(50%)
  3. Projek Innovasi (10%)
  4. Skim Rondaan Sukarela (10%)

Setiap KRT perlu mengunci masuk data keaktifan KRT di Sistem Maklumat JPNIN - Sistem e-RT-  sub modul Pengurusan KRT/Pengurusan SRS  dengan pecahan seperti berikut :-

  1. Aktiviti/Program – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kepelbagaian aktiviti hendaklah juga diambil kira termasuk program anjuran bersama.

  2. Mesyuarat Rukun Tetangga – perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.

  3. Kewangan RT- perlu direkod setiap transaksi di mana penyata bulanan akan di jana menerusi sistem e-kewangan atau secara manual bagi KRT yang menghadapi masalah capaian terhadap sistem ini.

  4. Skim Rondaan Sukarela perlu ditubuhkan dan pengoperasiannya adalah diukur dari kekerapan rondaan yang dijalankan dan kes yang dilapurkan.

Markah Keaktifan Rukun Tetangga :-
60% ke atas – aktif
20% -59% -sederhana aktif
0% -19%- tidak aktif

S:Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan Kawasan Rukun Tetangga. dan Skim Rondaan Sukarela?

JBagi Kawasan Rukun Tetangga :