Please contact the administrator to setup this portlet. If you are the administrator, go to the configuration screen to setup this portlet.
SAMBUTAN MINGGU PERPADUAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2012
Tarikh : 26 MEI 2012 Masa : 8.00 pg-2.00 ptg Tempat : Pdg. Sek. Men. Putra, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012 akan di sambut pada 26 Mei 2012. Bertempat Di Padang S.M Putra, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab , Kota Bharu Kelantan.
Sambutan akan bermula jam 8.00 pagi hingga 2 petang. Dimulakan dengan acara senamrobik oleh warga KRT dan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan bersama keluarga. Pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut diadakan sepanjang program pada hari tersebut. Pertandingan kawad dari anggota SRS, Sukaneka Perpaduan, Pertandingan Melukis oleh Ibu Bapa TBK Perpaduan dan pertandingan Kolaj oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan ada diadakan pada haritersebut.
Gerai-Gerai Jualan dan Pameran dari warga Jiran Wanita turut memeriahkan acara di majlis sambutan ini. Futsa kanak-kanak dijangka akan menarik perhatian penonton pada hari itu.
Sambutan Minggu Perpaduan ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Seri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Azman Amin Bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN dan YBhg. Dato’ Makhtar Mustapa, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.
Kepada warga KRT Negeri Kelantan, semua di jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2012.
SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN DAN KARNIVAL MAJU SRS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2011 Tarikh: 14 Mei 2011 Masa : 8.30 Pagi - 6.00 Petang Tempat: MINI STADIUM PASIR MAS