
OFFICIAL PORTAL
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
OFFICIAL PORTAL
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
INTRODUCTION
***Note : This content is available in Malay version only
Sejajar dengan visi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) sebagai peneraju perpaduan dan keharmonian negara Malaysia, mediasi dilihat paling sesuai digunakan sebagai “intervensi†jika timbul insiden yang tidak diingini berlaku di dalam komuniti. Di Malaysia Akta Mediasi 2012 telah pun diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi. Akta ini juga telah memperincikan ciri-ciri mediasi yang diiktiraf.
Bahagian Pengurusan Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil inisiatif untuk merangka program mediasi dan memperkenalkan Mediasi Komuniti mulai tahun 2007 yang bertujuan melahirkan lebih ramai orang tengah atau mediator di peringkat komuniti. Mulai tahun 2009, PERPADUAN secara serius melatih Pegawai PERPADUAN dan Pengerusi Rukun Tetangga menjadi pendamai di dalam konflik komuniti dikenali sebagai Mediator Komuniti (MK).
Sehingga kini, PERPADUAN telah berjaya melatih dan sekaligus mentauliahkan seramai 1027 orang MK di seluruh negara. Usaha ini adalah melalui penglibatan bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Pusat Bantuan Guaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk melahirkan lebih ramai Pegawai PERPADUAN dan pemimpin Rukun Tetangga sebagai MK yang kompetan untuk menangani sebarang konflik yang berlaku di peringkat komuniti.
Peranan dan bidang kuasa MK diperkukuhkan dan diiktiraf seperti yang terkandung didalam Akta Rukun Tetangga 2012 dibawah peraturan 8 (d) iaitu “menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan masyarakatâ€.
Membina Masyarakat Sejahtera
Menggalakkan Mediasi sebagai satu cara penyelesaian pertikaian alternatif dengan cara mudah, cepat dan penuh kerahsiaan
Memelihara keharmonian komuniti melalui Mediasi di antara pihak yang bertelagah
Menggalakkan penggunaan khidmat mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian antara Pihak-Pihak
Menjadikan khidmat mediasi sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan komuniti
Orang awam yang memerlukan perkhidmatan mediasi boleh berhubung terus ke alamat dibawah:
UNIT PERKHIDMATAN MEDIASI KOMUNITI (UPMK)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)
Aras 8, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62250 Putrajaya
Fax : 03 8883 8569 | Tel : 8833 7119
Emel : mediasi [at] perpaduan [dot] gov [dot] my
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
***Note : This content is available in Malay version only
Contact Us | Portal Help | Site Map | Accessibility (W3C) | FAQ | Terms & Condition | Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer
Ministry of National Unity
Aras 7-10, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Tel: +(6) 03-8883 7000
Fax: +(6) 03-8888 8584
Email: webmaster[at]perpaduan[dot]gov[dot]my
© Copyright PERPADUAN 2020
Best viewed with 1024 x 768 resolution using latest browsers