
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
Anugerah 'MyHero' diperkenalkan pada 2014 bagi mengiktiraf dan meraikan wira dan wirawati tidak dicanang yang menabur bakti dalam memupuk perpaduan serta keharmonian kaum di Negara ini. Anugerah MyHero merupakan program kerjasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinses Chamber Industri (KLSCCCI) dan PERPADUAN dalam usaha untuk mengiktiraf dan menghargai individu-individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Negara ini. Seramai 27 pencalonan telah disenarai pendek dan hanya 6 orang sahaja dipilih sebagai pemenang oleh barisan juri pada setiap siri.
MyHero 1.0 telah berjaya dianjurkan pada tahun 2014 dan dimenangi oleh Hoo Tak Chow, Yap Toke Moey, Abdul Muhen Abdul Mohssin, Lee Yee Seng, Pasangan Koh dan Winnie Yap Im Nee. Manakala MyHero 2.0 yang telah dianjurkan pada tahun 2016 telah dimenangi oleh Tan Bee Seng, Angela Devi Ariyan, Dr. Abdol Aziz Sahat, Hew Hock Peng, Ong Boo Siong, dan Wong Siew Sin @ Dolly.
Program ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan perlulah menjelaskan tentang jasa seseorang serta butiran terperinci tentang diri orang berkenaan serta pengirimnya.
MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH MYHERO 2014
|
|
MYHERO | LOKASI | CATATAN |
---|---|---|---|---|
1. |
|
Hoo Tak Chow |
Sendayan, Seremban |
Petani yang berjiwa besar membantu insan yang memerlukan terutama untuk mengejar ilmu. |
2. |
|
Yap Toke Moey |
Teriang, Pahang |
Penjual barang elektrik mengasaskan Rumah Kebajikan Warga Emas Riang untuk membela golongan tidak bernasib baik dan warga tua tanpa sebarang bayaran berkonsepkan keharmonian 1 Malaysia. |
3. |
|
Abdul Muhen Abdul Mohssin |
Alor Star, Kedah |
10,000 pelajar mendapat manfaat daripada tuisyen Bahasa Melayu percuma untuk membantu pelajar miskin dan daif yang majoritinya daripada kaum cina dan india. |
4. |
|
Lee Yee Seng |
Kuala Lumpur |
Menubuhkan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA) untuk memberikan sokongan kepada pesakit LSD untk mendapatkan rawatan perubatan, pemulihan, pendidikan dan kerjaya. |
5. |
|
Koh Swee Heah |
Bentong, Pahang |
Melabur RM100,000 wang persaraan untuk membina sekolah anak orang asli bagi memberi peluang pendidikan. |
6. |
|
Winnie Yap Im Nee |
Sungai Bakap, Pulau Pinang |
Membuka kelas percuma Bahasa Hokkien khusus kepada pegawai polis di Pulau Pinang bagi menyokong usaha pihak berkuasa untuk mendekati masyarakat. |
MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH MYHERO 2016
|
|
MYHERO | LOKASI | CATATAN |
---|---|---|---|---|
1. |
|
Tan Bee Seng
|
Kuantan, Pahang | Mengambil dan membesarkan 11 anak angkat pelbagai kaum dan agama daripada keluarga yang susah. |
2. |
|
Angela Devi Ariyan
|
Seremban, Negeri Sembilan | Pengasas Persatuan Kebajikan Vinashini untuk membantu orang kurang upaya, anak yatim, dan warga emas. |
3. |
|
Dr. Abdol Aziz Sahat
|
Klang, Selangor | Mengambil 6 orang anak angkat pelbagai bangsa dan mendidiknya sehingga berjaya. |
4. |
|
Hew Hock Peng
|
Semenyih, Selangor | Menjadi penderma apheresis dan telah menderma darah lebih 500 kali untuk membantu golongan yang memerlukan. |
5. |
|
Ong Boo Siong
|
Bentong, Pahang | Hanya memiliki sebelah tangan tetapi tetap giat membimbing pelajar sekolah untuk berjaya. |
6. |
|
Wong Siew Sin @ Dolly
|
Kota Kinabalu, Sabah | Giat menjalankan aktiviti kebajikan masyarakat untuk membantu pelbagai kaum dan agama menggunakan sumber kewangan sendiri. |
Hubungi Kami | Bantuan Portal | Peta Laman | Kebolehcapaian (W3C) | Soalan Lazim | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian