
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Perundingan Malaysia (MAMPU) pada Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Pelaksanaan EKSA Kementerian Perpaduan Negara bermula apabila Jabatan ini telah terpilih sebagai auditee pelaksanaan rintis EKSA Do-It-Yourself (DIY) oleh JPM berdasarkan kesiapsiagaan dan keupayaan PERPADUAN bagi melaksanakannya. Majlis Pelancaran EKSA telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Baharin Bin Idris, Ketua Pengarah PERPADUAN pada 19 Disember 2017. Pelaksanaan EKSA diperingkat Jabatan sedang giat dijalankan dalam usaha kearah pensijilan EKSA.
BUKU PANDUAN
Hubungi Kami | Bantuan Portal | Peta Laman | Kebolehcapaian (W3C) | Soalan Lazim | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian