
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
LAMAN WEB RASMI
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
LATAR BELAKANG
Tabika Perpaduan mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Pada ketika itu Lembaga Perpaduan Negara telah dipertanggungawabkan ke atas semua perkara berhubung dengan soal-soal perhubungan kaum dan perpaduan negara. Sebanyak 25 buah kelas Tabika Perpaduan diwujudkan sebagai projek rintis di pinggir bandar dan bandar. Matlamat utama penubuhannya pada ketika itu adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum.
Pada peringkat awal penubuhan Tabika Perpaduan, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kebajikan Tabika Perpaduan (JKTP) yang berperanan untuk menjalinkan kerjasama dengan guru bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar kelas bersama komuniti. Pada tahun 1997, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) telah ditubuhkan bagi menggantikan JKTP.
Seiring dengan keperluan semasa, penubuhan Tabika Perpaduan telah diperluaskan di mana sehingga tahun 1997, sebanyak 1,073 buah Tabika Perpaduan telah ditubuhkan. Sejajar dengan perubahan ini, konsep Tabika Perpaduan juga ditukar daripada Konsep Muhibah kepada Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan. Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktivit-aktiviti Tabika Perpaduan termasuklah aktiviti kebajikan, kerohanian, keselamatan, rekreasi dan riadah.
Berikutan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada 10 Mac 2020, konsep Tabika Perpaduan telah dimantapkan dengan memberi tumpuan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara. Sehingga 31 Disember 2020, terdapat sebanyak 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara. Penubuhan Tabika Perpaduan masih kekal dalam kawasan bandar dan pinggir bandar. Bermula tahun 2021, Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan memastikan penubuhan kelas-kelas baharu Tabika Perpaduan dilaksanakan secara lebih terancang.
Membentuk Murid Yang Mempunyai Semangat Patriotisme dan Semangat Perpaduan
Membentuk Kemenjadian Murid Dan Memperkembangkan Konsep Kendiri
Tabika Perpaduan mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini mengandungi enam (6) tunjang sebagai asas utama pembelajararan iaitu : Matlamat KSPK ini adalah untuk memperkembangkan potensi murid seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan matlamat dan enam (6) tunjang yang digariskan di bawah KSPK tersebut Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan modul pendidikan khusus bagi Tabika Perpaduan berasaskan Rukun Negara. Elemen kenegaraan dan perpaduan yang merupakan nilai tambah yang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Tabika Perpaduan adalah bertujuan untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri murid seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun. Nilai tambah yang dihasilkan bukan sahaja melalui aktiviti kurikulum tetapi turut diterapkan dalam aktiviti kokurikulum. Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk memberi suntikan dan nafas baharu kepada program Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan. Matlamat pelan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam memperkembangkan potensi serta melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 ini merangkumi pemantapan dan pengukuhan yang menyeluruh meliputi aspek kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru Tabika Perpaduan, tadbir urus, jalinan kerjasama dan sistem pemantauan. Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 menggariskan enam (6) teras iaitu : Memantapkan elemen kenegaraan, perpaduan dan nilai murni dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran Tabika Perpaduan; Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP); Memantapkan profesionalisme dan kepakaran guru Tabika Perpaduan; Memantapkan tadbir urus pengurusan dan pengoperasian Tabika Perpaduan; Mengukuhkan jalinan kerjasama Tabika Perpaduan bersama komuniti; dan Memperkasakan mekanisme pemantauan dan penilaian pengurusan dan pengoperasian Tabika Perpaduan. Enam (6) teras ini adalah selari dengan aspirasi dan strategi Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030. Pelan ini juga adalah menepati aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Sebanyak 14 strategi dan 40 program telah disusun dalam usaha untuk memperkasakan Tabika Perpaduan sebagai sebuah institusi pendidikan yang berupaya membentuk dan memperkembangkan potensi murid yang berumur di antara empat (4) hingga enam (6) tahun. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani berasaskan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara. Usaha mempertingkatkan kualiti Tabika Perpaduan yang dilaksanakan secara inklusif ini adalah bertujuan untuk memastikan semua murid berpeluang menerima pendidikan yang berkualiti dan menepati matlamat penubuhannya sebagai tapak integrasi untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan. 10 inisiatif baru telah dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan bagi memantapkan lagi peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk kemenjadian murid. 10 inisiatif baharu Tabika Perpaduan adalah tersebut merangkumi : Modul Penghayatan Rukun Negara Buku Aktiviti Khusus Tabika Perpaduan; Modul Kemahiran Jom Urus Diri. Buku aktiviti dan Lembaran Kerja Pelan kursus dan latihan guru Tabika Perpaduan Buku panduan pengajaran tahunan, mingguan dan harian Buku pentaksiran harian dan bulanan Buku pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan Unit Naziran Tabika Perpaduan Memantapkan imej dan identiti Tabika Perpaduan Permohonan ke Tabika Perpaduan bagi ambilan kanak-kanak tahun berikutnya, boleh dibuat di dalam bulan Mac sehingga Julai pada tahun semasa. Terdapat dua cara bagi permohonan ke Tabika Perpaduan iaitu : Semakan perohonan kemasukan kanak-kanak boleh dibuat selepas 1 Oktober. Terdapat dua cara bagi semakan permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan iaitu : Rayuan bagi permohonan pendaftaran kanak-kanak ke Tabika Perpaduan boleh dilaksanakan dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada guru bagi kelas dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diperolehi. Bagi kanak-kanak yang diterima kemasukkannya ke Tabika Perpaduan, semakan yuran, buku insurans dan uniform adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak JPNIN dan Kementerian Perpaduan Negara dari masa ke semasa.
PENDIDIKAN KO-KURIKULUM
PELAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN
10 Inisiatif Baru
SENARAI TABIKA PERPADUAN SELURUH MALAYSIA
PERMOHONAN KEMASUKAN
SYARAT KEMASUKAN KANAK-KANAK ADALAH SEPERTI SEPERTI BERIKUT
SEMAKAN PERMOHONAN
RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK
PENDAFTARAN KANAK-KANAK YANG DITERIMA
LEMBARAN KERJA 5 TAHUN
LEMBARAN KERJA 6 TAHUN
Hubungi Kami | Bantuan Portal | Peta Laman | Kebolehcapaian (W3C) | Soalan Lazim | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian