Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi PERPADUAN ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), PERPADUAN. Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:
- Peneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) jabatan dengan keperluan Pelan Strategik Jabatan dan ISP Sektor Awam;
- Melaksanakan penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik ICT;
- Menerima pakai dan melaksanakan penggunaan ICT dalam Sistem Penyampaian Pekhidmatan Jabatan;
- Melaksanakan inovasi melalui aplikasi, infrastruktur dan keselamatan ICT;
- Membantu Ketua Pengarah dalam memastikan peruntukan-peruntukan di bawah DKICT PERPADUAN difahami dan dipatuhi oleh semua pengguna;
- Memastikan keperluan keselamatan ICT dilaksanakan dan dikuatkuasakan;
- Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti hebahan DKICT PERPADUAN serta pengurusan risiko dan pengauditan;
- Melaksanakan inisiatif Dasar Keselamatan ICT Hijau Jabatan;
- Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT PERPADUAN.