Kurangkan Pemanasan Global
Logo JPNIN

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

 

   
             
  • Umum
  • Bahagian Pengurusan Perpaduan
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

S: Apa itu Bahagian Korporat?

J: Bahagian Korporat merupakan salah satu bahagian di bawah Bahagian Perancangan yang dimana di bawahnya terdapat empat (4) Unit iaitu Unit Hubungan Antarabangsa, Unit Promosi dan Penerbitan, Gerak Saraf serta Unit Khidmat Pelanggan.

S: Apa peranan Unit Perhubungan Awam?

J: Unit Hubungan Antarabangsa berperanan mengenal pasti Negara dan pertubuhan untuk diadakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di dalam bidang pengurusan perpaduan di samping itu Bahagian ini juga berperanan meningkatkan jaringan dengan agensi-agensi antarabangsa serta di luar atau di dalam Negara untuk pertukaran maklumat kepakaran dan kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam aspek pengurusan perpaduan dan hubungan antarabangsa.

J: Unit ini juga berperanan memilih wakil-wakil Jabatan menyertai persidangan antarabangsa seperti Human Right Commission Alliance Of Civilizations Durban Convention dan lain-lain persidangan yang berkaitan untuk meningkatkan imej Negara di peringkat antarabangsa melalui penyertaan yang berkesan di dalam seminar, bengkel, persidangan, konvensyen dan lain-lain lagi di samping mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengurusan perhubungan ras yang baik dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang keturunan.

J: Selain itu ia menggalakkan dan meningkatkan perhubungan dan pertukaran lawatan dua hala dengan mengaturkan lawatan kerja ke negara-negara maju dan membangun mengenai program yang boleh dijadikan contoh kepada Malaysia.

J: Bahagian ini juga bertanggungjawab membuat persiapan untuk menerima dan menyambut tetamu yang diperlukan. Peranan atau tanggungjawab lain Bahagian ialah mengurus hal-hal yang berhubung dengan pengaduan awam.

S: Apakah peranan Unit Promosi dan Penerbitan?

J: Unit Promosi dan Penerbitan berperanan untuk memupuk kebudayaan perpaduan di Negara ini melalui promosi dan publisiti. Ianya bergantung kepada aktiviti dan promosi yang memerlukan perancangan yang teratur dan strategik bagi mendapatkan hasil atau kesan yang paling maksimum kepada kumpulan sasar di samping menerbitkan makalah-makalah Jabatan.

J: Unit ini juga bertanggungjawab di dalam memastikan wujudnya hubungan dua hala antara Jabatan dan juga agensi-agensi luar tidak kira orang perseorangan, kumpulan individu ataupun Jabatan dan badan-badan yang boleh menyumbang terhadap objektif Jabatan.

J: Oleh yang demikian, Bahagian yang akan memberi tumpuan kepada penglibatan dan peranan serta tanggungjawab Badan Bukan Kerajaan dan badan-badan korporat yang ingin terlibat dalam kebudayaan perpaduan Negara.

J: Pendekatan yang lebih fokus dan strategik akan dimainkan oleh Bahagian bagi memastikan penglibatan Bahagian Korporat dalam konsep ‘smart partnership’ dengan lebih berkesan dan menguntungkan kedua-dua pihak seperti penganjuran, seminar , kolokium dan lain-lain lagi.

S: Apakah peranan Unit Perkhidmatan Pelanggan

J: Unit Perkhidmatan Pelanggan bertanggungjawab mengenai hal-hal yang berhubung aduan awam yang diterima sama ada melalui surat atau email dan juga peranan mengenai hal-hal yang berhubung dengan pelanggan Jabatan di samping memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan.

S: Berapakah kekerapan lawatan dari luar negeri yang diterima setiap tahun?

J: Jabatan secara purata menerima 10 lawatan dari luar negeri.

S: Bagaimana pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan?

J: Pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jabatan melalui telefon, email atau surat.

S: Mengapa delegasi daripada luar negara memilih Jabatan Perpaduan sebagai salah satu Jabatan yang dikunjungi?

J: Deligasi memilih Jabatan Perpaduan kerana ingin mengetahui fungsi dan bagaimana pelaksanaan program yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum.

S: Adakah aktiviti PERPADUAN mendapat penglibatan daripada luar negara?

J: Aktiviti Jabatan dengan kerjasama NGO atau pengajian tinggi sentiasa melibatkan individu daripada luar negara khususnya yang berkaitan dengan hal-hal antarabangsa.

S: 9. Apakah alamat untuk membuat aduan melalui email?

J: Aduan boleh di email ke aduan [at] perpaduan [dot] gov [dot] my

Soalan Lazim Tabika Perpaduan

S: Bagaimanakah proses dan cara untuk melaksanakan pembukaan kelas Tabika Perpaduan?

J:

  • Permohonan dari Kawasan Rukun Tetangga
  • Lawatan ke Premis untuk melihat & menilai kesesuaian kelas
  • Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri
  • Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat PERPADUAN
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan
  • Maklum keputusan terima/tolak kepada Pejabat Perpaduan Negeri untuk tindakan selanjutnya

S: Apakah keistimewaan atau kelebihan Tabika Perpaduan berbanding tadika lain?

J:

  • Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976
  • Mempunyai sebanyak 1783 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia
  • Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum
  • Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara
  • Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
  • Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, Inovatif & terlatih
  • Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga
  • Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu Bapa

S: Siapakah yang wajar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan dan pengendalian kelas Tabika Perpaduan?

J:

  • Pejabat Perpaduan Daerah Pegawai Perpaduan Daerah @ Pembantu Pegawai.
  • Pejabat Perpaduan Negeri Pegawai Unit Tabika, Bahagian Operasi
  • Ibu Pejabat Pegawai Unit Pendidikan Perpaduan, Bahagian Kesepaduan Integrasi Nasional

S: Apakah peranan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan?

J:

  • Membantu Guru/Pen. Guru berkaitan kelas Tabika Perpaduan
  • Membantu menjaga kebajikan kelas & kanak-kanak.
  • Bersama-sama menjayakan aktiviti berkaitan perpaduan
  • Bersama-sama menjaga kebersihan, kecantikan & keselamatan kelas.

S: Apakah syarat atau kriteria pemilihan untuk menjadi kanak-kanak Tabika Perpaduan?

J:

  • Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan
  • Pelbagai kaum

Soalan Lazim Kelab Rukun Negara

S: Berapakah jumlah Geran Pelancaran Kelab Rukun Negara yang diberikan kepada setiap sekolah yang dipilih menjadi Kelab Rukun Negara?

J: RM1,000.00

S: Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Kelab Rukun Negara?

J: Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

S: Siapakah yang boleh dibubungi berkaitan dengan Kelab Rukun Negara?

J:

  • Puan Nor Aishah Bt A Jabbar 
    Email : noraishahj [at] perpaduan [dot] gov [dot] my
    Tel : 03-88837128

S: Bilakah Kelab Rukun Negara ditubuhkan?

J: Ditubuhkan pada tahun 2007

S: Adakah peruntukan Geran Kelab Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun?

J: Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja

Soalan Lazim Sekretariat Rukun Negara

S: Berapakah jumlah Geran Pelancaran Sekretariat Rukun Negara yang diberikan kepada setiap universiti yang dipilih menjadi ahli?

J: RM3,000.00

S: Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Sekretariat Rukun Negara?

J: Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja

S: Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan dengan Sekretariat Rukun Negara?

J:

  • Puan Nor Aishah Bt A Jabbar 
    Email : noraishahj [at] perpaduan [dot] gov [dot] my
    Tel : 03-88837128

S: Bilakah Sekretariat Rukun Negara ditubuhkan?

J: Ditubuhkan pada tahun 2008.

S: Adakah peruntukan Geran Sekretariat Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun?

J: Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja

Soalan Lazim Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional

S: Apakah dia Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)?

J: Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) ialah sebuah institusi yang telah ditubuhkan secara pentadbirannya di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Dimana IKLIN menjalankan kajian/penyelidikan dan latihan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional di samping menjadi pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul.

J: Pada masa yang sama, IKLIN berperanan untuk melahirkan pengamal sosial yang berwibawa dari kalangan pegawai dan kakitangan PERPADUAN serta pemimpin Rukun Tetangga di semua peringkat.

S: Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran IKLIN?

J: Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) mensasarkan kepada tiga (3) kumpulan sasar yang layak menyertai kursus yang dianjurkan oleh IKLIN iaitu pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan, Ahli Rukun Tetangga dan NGO.

S: Dimanakah boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan kursus/latihan yang dianjurkan oleh IKLIN?

J: Semua maklumat berkenaan dengan kursus/latihan IKLIN boleh terus ke:

  • Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)
    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

    (Jabatan Perdana Menteri)
    Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62502 Putrajaya

    Tel. No : +(6) 03-8883 7000
    Fax : +(6) 03-8883 7089
    Email : iklin [at] perpaduan [dot] gov [dot] my

    Semua maklumat mengenai kursus/latihan IKLIN melalui laman web www.perpaduan.gov.my

  • Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh IKLIN?

S: Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh IKLIN?

J: Setiap tahun IKLIN menawarkan kursus-kursus mengikut kumpulan sasar utama iaitu Pegawai dan Kakitangan Jabatan, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan serta AJK Rukun Tetangga dimana melibatkan kemahiran berkomunikasi, protokol dan etiket, Team Building, Modul Asas Rukun Tetangga, Kemahiran Mediasi dan lain-lain.

S: Bagaimanakah prosedur permohonan kursus yang dianjurkan oleh IKLIN?

J: Berikut adalah prosedur permohonan kursus anjuran IKLIN :

  • IKLIN akan menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunan dalam program latihan IKLIN. Surat tawaran akan dikeluarkan kepada bahagian dan negeri.
  • Pegawai Jabatan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing kepada Pengarah IKLIN. Ketua Jabatan juga boleh melantik pegawai yang berkelayakan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh IKLIN.

S: Siapakah tenaga pengajar kursus/latihan anjuran IKLIN?

J: IKLIN akan mengguunakan tenaga pengajar dalaman yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan yang berkelayakan. Namun perkhidmatan dari luar juga digunakan mengikut kepakaran-kepakaran yang diperlukan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM)?

J: Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) adalah suatu kaedah pengukuran tahap keharmonian dan perpaduan rakyat berdasarkan bilangan kes yang dilaporkan setahun dan membandingkan jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

J: IKM dibangunkan bersandarkan kepada parameter dikatogerikan seperti Keganasan Sosial (Keganasan dan Rusuhan), Keingkaran Sosial (Demonstrasi, Protes, Serangan, Pergaduhan Antara Kaum (Sumber PDRM) dan Pertelingkahan (Isu Semasa). Setiap petunjuk diberi wajaran mengikut bilangan kes/insiden yang berlaku.

S: Apakah penting IKM kepada JPNIN?

J: IKM merupakan kaedah digunapakai oleh JPNIN untuk melihat tahap ketegangan masyarakat di Malaysia yang dimanifestasikan melalui tindakan-tindakan yang dicetuskan melalui keganasan, rusuhan, demonstrasi, protes, serangan, pergaduhan dan isu-isu yang dilaporkan di media sosial dan media massa yang boleh menggugat perpaduan supaya tindakan pencegahan dan intervensi dapat dilakukan.

S: Sejak tahun bilakah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional mula mengumpul maklumat dan mengeluarkan laporan IKM secara berkala?

J: JPNIN mulai mengambil inisiatif mengumpul data/maklumat bermula tahun 2006 dan mengeluarkan laporan IKM secara berkala pada tahun 2008 sebagai usaha mengawasi dan menilai tahap iklim perhubungan kaum dalam masyarakat diseluruh negara.

S: Dari manakah Sumber-sumber maklumat didapati untuk membentuk IKM?

J: Sumber maklumat yang dilaporkan oleh Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang dilaporkan dalam sistem e-SEPAKAT, media cetak, media eletronik dan media sosial yang memuat berita gerakan masyarakat (individu atau kumpulan) yang berbentuk manifestasi seperti keganasan, rusuhan, protes, demo, serangan pergaduhan mahupun pelaporan yang berupa isu-isu semasa yang ditafsirkan berupaya mengugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

S: Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Mediasi?

J: Mediasi adalah satu proses penyelesaian pertikaian secara persetujuan bersama, di mana pihak ketiga yang bersifat neutral akan cuba memastikan yang pihak yang bertikai / berbalah, bekerjasama sehingga mereka mencapai suatu kesefahaman.

S: Siapakah Mediator Komuniti?

J: Orang yang berperanan membantu pihak –pihak yang bertelingkah untuk bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian secara damai dan dipersetujui oleh kedua pihak tersebut.

S: Apakah Kelebihan Mediasi?

J: Mediasi merupakan alternatif yang baik bagi penyelesaian pertikaian dengan segera tanpa melibatkan proses litigasi/mahkamah.

S: Apakah Faedah-Faedah Penyelesaian Secara Mediasi?

J:

  • Penjimatan Kos Perundangan
  • Penjimatan Masa
  • Kerahsiaan
  • Peluang Berunding Kepada Terma Persetujuan
  • Mewujudkan Suasana Menang-Menang
  • Tanpa Bayaran

S: Apakah Jenis-Jenis Pertikaian Yang Sesuai Diselesaikan Secara Proses Mediasi?

J:

  • Kejiranan
  • Hubungan Kekeluargaan
  • Tanah
  • Alam Sekitar
  • Kepenggunaan
  • Kesihatan
  • Kontrak dan Perjanjian
  • Harta Intelek
  • Pembinaan dan Kejuruteraan
  • Pelbagai Isu Agama
  • Isu-isu lain

S: Siapakah pegawai yang boleh dihubungi?

J: Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 03-88837133 dan 03-88837134.

S: Bagaimanakah untuk memohon jawatan sebagai Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional?

J: Iklan pengambilan jawatan Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik akan disiarkan oleh Pejabat Perpaduan Negeri yang berkaitan di premis-premis awam dalam negeri yang berkenaan. Sehubungan itu, orang awam yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan daripada Pejabat Perpaduan Negeri yang berkenaan atau laman web JPNIN.

J: Borang permohonan yang telah disempurnakan berserta dokumen sepertimana yang disenaraikan di dalam iklan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri yang mengiklankan pengambilan jawatan tersebut. Setiap salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai agensi awam dalam kumpulan P&P (gred 41 ke atas).

S: Di manakah borang permohonan jawatan kosong boleh diambil?

J: Borang permohonan jawatan Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik boleh didapati secara percuma daripada Pejabat Perpaduan Negeri yang mengiklankan pengambilan atau di laman sesawang JPNIN di bahagian Manual/Borang/Pekeliling/ISO.

S: Apakah syarat untuk dilantik ke jawatan Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik?

J: Syarat lantikan adalah seperti berikut:

  • Jawatan Syarat Lantikan Guru Tabika Gred S29.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tempatan yang diiktiraf.
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Penolong Guru Tabika Gred N11 (i) Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu. Pendidik Taska Gred S29 (i) Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. (iii) Diploma dalam bidang yang berkaitan daripada institusi pengajian tempatan yang diiktiraf.
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Pembantu Pendidik Taska Gred S19 (i) Warganegara Malaysia. (ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu.

S: Adakah JPNIN akan mengeluarkan surat pemakluman sekiranya permohonan individu itu berjaya atau gagal?

J: JPNIN akan hanya mengeluarkan surat pemakluman kepada pemohon yang berjaya sahaja.

S: Apakah taraf jawatan Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik?

J: Calon yang berjaya akan dilantik secara Contract of Service dan kontrak perkhidmatan akan diperbaharui dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi perkhidmatan, bebas kes integriti dan diperakui oleh Ketua Jabatan.

S: Adakah Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik yang sedang berkhidmat secara kontrak layak menerima pencen apabila tamat tempoh kontrak?

J: Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik yang berkhidmat secara kontrak tidak layak untuk menerima pencen apabila tamat tempoh kontrak kerana pegawai akan dicarumkan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang berkhidmat secara kontrak.

J: Namun demikian, pegawai yang berkhidmat secara kontrak adalah layak untuk menerima ganjaran setiap kali tamat tempoh kontrak yang dikira berdasarkan formula berikut: (17.5% - % kadar caruman majikan dalam KWSP) x (gaji pokok akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP).

S: Apakah elaun yang layak diterima oleh Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik sepanjang berkhidmat dalam tempoh kontrak?

J: Antara elaun yang layak diterima adalah Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan kadar mengikut pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

S: Adakah Guru/Penolong Guru/Pendidik/Pembantu Pendidik boleh meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatan?

J: Pegawai yang hendak meletakkan jawatan semasa dalam tempoh kontrak perkhidmatan hendaklah memberikan notis 30 hari ataupun membayar sebulan gaji sebagai menggantikan notis.