Accessibility Toolbar
Pewujudan sebuah institusi latihan untuk mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai, kakitangan dan sukarela Jabatan ini amat penting dalam membantu dalam memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevan kepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya saing dan efektif serta menghubungkan sektor akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi pelaksana ke arah proses pemantapan perpaduan negara dan integrasi nasional.
Oleh yang demikian, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan atas persetujuan dan kelulusan Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 15 Disember 2004 dengan geran pelancaran berjumlah RM2 juta. JPNIN akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas IKLIN.
IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
IKLIN telah diilhamkan oleh YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditubuhkan untuk dua fungsi teras iaitu menjalankan kajian serta melaksanakan program latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada masa yang sama hasrat untuk menjadikan IKLIN sebagai sebuah pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul dalam bidang perpaduan akan terus menjadi fokus di dalam setiap perancangan serta program yang akan dilaksanakan.
Sebagai sebuah institut yang bercita-cita untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
IKLIN berhasrat mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal insan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan dan bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, yang akan menumpukan program latihannya di bidang yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.
Menjadi pusat pengajian dan latihan
utama dalam bidang pengurusan
perpaduan dan integrasi nasional.
Menggalakkan perkongsian ilmu
melalui pengajian dan latihan dalam
bidang perpaduan dan pengurusan integrasi nasional.
Menjadi wadah perkongsian ilmu melalui pengajian dan latihan
dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.Untuk membina jaringan perkongsian strategik dengan institusi
tempatan dan antarabangsa dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.Untuk membangunkan inovasi dalam penyelidikan perpaduan dan
integrasi nasional.Menjadi pusat rujukan dalam pengurusan perpaduan dan integrasi
nasional di peringkat serantau dan antarabangsa.Menghasilkan penerbitan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran
dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.