Jiran Wanita merupakan salah satu cawangan dibawah Jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah diwujudkan sejak sekian lama bermula pada tahun 1983 lagi. Ianya merupakan sayap kanan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk pelbagai aktiviti khususnya melibatkan kaum wanita. Jiran wanita amat penting dalam setiap aktiviti yang digerakan oleh Rukun Tetangga dan ianya merupakan pelengkap yang banyak membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.
Dengan wujudnya jiran wanita ini ianya menjadi sebuah platform dalam memperkasakan setiap potensi dan bakat wanita dalam apa jua bidang seterusnya memartabatkan penglibatan wanita di dalam pembangunan masyarakat, dari segi sosial, ekonomi, agama dan budaya. Jiran Wanita Rukun Tetangga juga banyak menyumbang kepada perpaduan masyarakat setempat dengan gaya dan olahan mereka sendiri.