Skuad Uniti merupakan inisiatif yang dibentuk pada tahun 2014 untuk memperkasakan peranan Kawasan Rukun Tetangga sedia ada dalam aspek khidmat komuniti. Pemerkasaan dan penjenamaan semula Skuad Uniti kepada Skuad Uniti RT Cares telah dilancarkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara pada 16 November 2021 di Bentong, Pahang.
Sebanyak 125 Skuad Uniti ditubuhkan di seluruh negara bagi membantu masyarakat dan penduduk yang terjejas akibat sebarang bencana di seluruh negara. Skuad Uniti yang dianggotai 15 hingga 20 sukarelawan daripada pelbagai kaum dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga peringkat daerah yang akan bertindak memberi bantuan bantu mula pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.