Accessibility Toolbar
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, pihak Jabatan bagi akses atau penggunaan laman web ini.Penggunaan atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak Jabatan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada: