Memperkukuhkan peranan Rukun Negara dalam pelaksanaan program yang memberi impak yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.
KLUSTER PROGRAM SRN
SRN MENGIKUT PECAHAN IPTN
PROSEDUR DAN FORMAT PENUBUHAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden / Dekan/Pengarah (HEPA) hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat IPT masing-masing.
Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Sekretariat Rukun Negara di IPT masing-masing dengan berpandukan kepada format perlembagaan seperti di Lampiran A.
Setelah menerima kelulusan daripada pihak pengurusan IPT masing-masing, HEPA akan melantik Penyelaras, Penasihat dan Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara.
JAWATANKUASA PERINGKAT IPT
Keanggotaan Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPT adalah seperti berikut:
Penaung - Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden/Dekan/Pengarah (HEPA)
Penasihat - Pegawai Universiti
Penyelaras - Pegawai HEP
Presiden - Seorang Mahasiswa
Timbalan Presiden - Seorang Mahasiswa
Setiausaha Kehormat - Seorang Mahasiswa
Penolong Setiausaha Kehormat - Seorang Mahasiswa
Bendahari Kehormat - Seorang Mahasiswa
Exco - Lima orang Exco (berdasarkan 5 prinsip Rukun Negara)
Juru Audit Kehormat - Dua orang mahasiswa
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Lima Exco adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.
Pelantikan Jawatankuasa mestilah terdiri daripada berbilang kaum kecuali bagi IPT yang mahasiswanya terdiri daripada satu kaum sahaja.
CARA PERMOHONAN
Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara ini perlu memanggil satu Mesyuarat Agung Tahunan untuk memperkenalkan Jawatankuasa baru serta berbincang mengenai pengurusan sekretariat.
Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Timbalan Presiden/Dekan/ Pengarah (HEPA) dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan laporan-laporan berikut:-
Perlembagaan Sekretariat Rukun Negara
Senarai Ahli Jawatankuasa
Perancangan Aktiviti
Senarai Keahlian
Laporan Kewangan
Jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya sekali dalam dua sesi pengajian.