Bahagian yang terlibat di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah seperti berikut:
(I) Bahagian Khidmat Pengurusan
Cawangan Sumber Manusia
Unit Pembangunan Organisasi
Menyemak Waran Perjawatan/Senarai Perjawatan Tahun semasa dan merancang pengisian mengikut bilangan perjawatan yang diluluskan;
Merangka Pelan Penstrukturan/Pengukuhan Perjawatan PERPADUAN bagi tempoh lima (5) tahun;
Melaksanakan urusan pengambilan,pelantikan,penempatan dan pertukaran pegawai Jabatan;
Melaksanakan urusan peperiksaan melibatkan Subjek Jabatan dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL); dan
Melaksanakan pelbagai kursus bagi tujuan pengesahan perkhidmatan seperti Program Transformasi Minda (PTM) atau kursus lain seperti keperluan berkursus 7 hari setahun.
Unit Perkhidmatan, Prestasi dan Tatatertib
Melaksanakan urusan perkhidmatan melibatkan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen dan Persaraan;
Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat;
Melaksanakan urusan Pergerakan Gaji Tahunan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang/ Pingat Perkhidmatan Cemerlang;
Melaksanakan urusan tatatertib pegawai-pegawai Jabatan; dan
Menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan yang lain seperti emolumen, elaun, kemudahan dan cuti.
Unit Kontrak
Melaksanakan urusan perkhidmatan bagi pegawai-pegawai kontrak Jabatan melibatkan pengambilan, pelantikan, pembaharuan, pertukaran dan penamatan kontrak perkhidmatan; dan
Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan urusan perkhidmatan pegawai kontrak seperti emolumen, elaun dan kemudahan dan cuti.
Unit HRMIS
Mengurus dan mengemaskini data perjawatan, profil perkhidmatan dan profil peribadi pegawai di dalam sistem HRMIS;
Memantau dan mengemaskini aliran penyeliaan sistem HRMIS bagi memudahkan sebarang urusan lain untuk dilaksanakan seperti penilaian prestasi dan kelulusan cuti; dan
Memantau pengemaskinian modul dan submodul utama sistem HRMIS seperti Pengisytiharan Harta, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Cawangan Pengurusan Kewangan dan Pembangunan
Unit Kewangan
Menyediakan/ mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Menguruskan pindah peruntukan.
Menguruskan semua jenis pembayaran seperti bil/invois, tuntutan/pendahuluan diri/pelbagai, bayaran pukal dan lain-lain.
Menguruskan kutipan hasil/bayaran balik.
Penyediaan dan pembayaran gaji.
Memantau pematuhan pengurusan kewangan Jabatan dan Negeri, urusan audit dan naziran.
Menyediakan penyata penyesuaian akaun vot, amanah dan hasil serta lain-lain laporan perakaunan.
Menyediakan laporan perbelanjaan dan Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Suku Tahunan.
Memproses dan mengurus pendahuluan diri dan pelbagai.
Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan komputer untuk kelulusan Bahagian Akaun, Kementerian Perpaduan Negara / Perbendaharaan.
Memproses dan mengangkat permohonan bertugas rasmi ke luar negara kepada Bahagian Akaun, Kementerian Perpaduan Negara / Perbendaharaan.
Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Pemeriksaan Bajet.
Memantau prestasi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Jabatan.
Memantau, menyelaras prestasi kerangka keberhasilan Jabatan dan melaporkan kepada Pegawai Pengawal.
Unit Perolehan
Menerima, menyemak dan memproses permohonan pesanan tempatan (LO) yang diterima dari bahagian/unit.
Menguruskan perolehan Jabatan secara pembelian terus, sebut harga, tender dan rundingan terus.
Menguruskan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Jabatan.
Menyemak dan memproses permohonan kelulusan berbelanja program/kursus/ latihan/bengkel Jabatan peringkat Ibu Pejabat dan juga negeri-negeri.
Menguruskan permohonan kelulusan kadar daripada Kementerian Kewangan bagi perolehan-perolehan yang melibatkan kelulusan kadar.
Memantau Laporan Tanggungan Belum Selesai (TBS) Ibu Pejabat dan semua PTJ.
Memantau laporan 75% penggunaan sistem ePerolehan Jabatan.
Memantau laporan prestasi pelaksanaan eBidding Ibu Pejabat dan semua PTJ.
Memantau laporan Government Procurement Information System (GPIS) Ibu Pejabat dan semua PTJ.
Mengurus dan mentadbir kontrak bagi perkhidmatan atau perolehan yang bermasa.
Unit Pembangunan
Menyediakan anggaran Belanjawan Pembangunan projek Jabatan untuk Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Kajian Separuh Penggal.
Memastikan peruntukan tahunan projek pembangunan Jabatan dibelanjakan dengan baik dan mengikut unjuran yang telah ditetapkan.
Memastikan perancangan projek–projek pembangunan Jabatan dilaksanakan mengikut dasar ditetapkan, dilaksanakan tidak melebihi siling, mengenal pasti masalah-masalah projek serta mengenal pasti isu-isu yang perlu diselesaikan berkaitan projek.
Menyelaras urusan perlantikan juruperunding iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembangunan di peringkat Jabatan bagi kajian pelan induk, reka bentuk awal dan akhir, serta penyediaan terms of reference dan statement of needs.
Menilai cadangan JKR serta mengadakan rundingan kewangan dengan JKR dan menyelaras perjanjian untuk ditandatangani bagi projek pembangunan Jabatan sekiranya perlu.
Melaksana dan menyelaras semua projek pembangunan Jabatan termasuk projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana.
Menyelaras isu-isu berbangkit berhubung pelaksanaan projek pembangunan Jabatan yang melibatkan koordinasi dengan negeri, agensi teknikal dan syarikat terlibat;
Menyelaras dan menyemak permohonan pembaikan daripada negeri-negeri bagi kerja-kerja pembaikan/penyelenggaraan TP/PRT/PAP untuk agihan peruntukan.
Menjalankan verifikasi teknikal bagi permohonan pembaikan/penyelenggaraan TP/PRT/PAP.
Bertanggungjawab terhadap penyediaan kertas jawapan Parlimen dan Kabinet berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan.
Cawangan Pentadbiran dan Aset
Unit Pentadbiran
Memproses permohonan baru, berpindah dan pelanjutan ruang pejabat dan tabika perpaduan bagi semua negeri dan Wilayah Persekutuan mengikut pecahan zon.
Menguruskan semua permohonan lawatan ke luar negara secara persendirian termasuk insurans dan bil insurans.
Menguruskan permohonan tuntutan kemudahan telefon bimbit dan penggunaan talian rasmi berdasarkan kelayakan.
Menguruskan permohonan kad kenal diri Jabatan dan pas keselamatan.
Menguruskan surat menyurat termasuk daftar surat masuk, penyelenggaraan mesin franking, tambah nilai mesin franking, doket pengeposan mail, pemeriksaan mengejut mesin franking dan bil pos laju.
Menguruskan rekod termasuk pelupusan fail dan rekod dan pengekodan fail.
Menguruskan tempat letak kereta di basement, pas tempat letak kereta bulanan dan bil bayaran.
Menguruskan semua hal ehwal berkaitan pengurusan keselamatan termasuk kawalan bangunan, pengeluaran arahan keselamatan, keselamatan dokumen dan kawalan penempatan dan penggunaan aset alih.
Menguruskan perihal kebersihan pejabat, aduan kerosakan dan pembaikan alatan pejabat, termasuk pengurusan dan penyelenggaraan mesin penyalin.
Menguruskan tempahan bilik mesyuarat dan kenderaan melalui sistem myBooking PERPADUAN.
Menguruskan Perpustakaan PERPADUAN, pembelian majalah dan surat khabar, dan pinjaman buku dari Perpustakaan Negara.
Menghantar Laporan Bulanan Utiliti ke JPM dan menyediakan Laporan Utiliti untuk JPKA.
Mengurus setia Perhimpunan Bulanan JPM, Mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Mesyuarat Keselamatan Jabatan mengikut keperluan.
Menjadi urusetia Mesyuarat Pengarah - Pengarah Bahagian.
Unit Pengurusan Aset
Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan dan Jawatankuasa Penyiasat dan lain-lain yang berkaitan dengan aset dan stor.
Mengurus Aset Alih Kerajaan dan Stor Jabatan.
Menguruskan permohonan berkenaan pembelian aset, penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.
Menguruskan permohonan berkenaan dengan pembelian peralatan pejabat, penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan dan kehilangan dan hapuskira.
Menguruskan penerimaan dan pendaftaran aset hadiah.
Mengemaskini kod aset, stok, senarai pengguna anggota PERPADUAN dan Capaian Pegawai dalam Sistem.
Melaksanakan pemeriksaan mengejut Terminal Touch n Go, tambah nilai terminal dan tambah nilai kad.
Mengurus dan memastikan pengurusan stor dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan dan kualiti stok sentiasa terjamin.
Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK).
4. Unit Inovasi Dan Kualiti (UNIQ)
Menyediakan perancangan UNIQ.
Menjadi wakil Jabatan berkaitan Inovasi Dan Kualiti Peringkat Kementerian.
Menyelaras laporan berkaitan UNIQ.
Menyelaras pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Menyelaras pelaksanaan MS ISO 9001 :2015.
Menyelaras pelaksanaan Inovasi dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Menyelaras pelaksanaan Star Rating peringkat Jabatan.
Menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi di peringkat Jabatan.
Menyelaras dan memantau usaha-usaha pembudayaan inovasi yang turut merangkumi program latihan termasuk pemikiran kreatif.
Memberi pengiktirafan kepada warga yang menghasilkan inovasi.
Memporomosi dan berkongsi inovasi yang dihasilkan oleh warga jabatan.
Memastikan sistem pengurusan kualiti Jabatan dilaksanakan termasuk mengawal dokumen dan prosedur supaya sentiasa dikemaskini.
(II) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)
Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan projek-projek ICT berdasarkan kepada Pelan Strategik ICT dan mematuhi pekeliling yang berkuatkuasa.
Membangun, melaksana, memantau dan mengkaji semula Pelan Strategik ICT PERPADUAN.
Membuat analisis bisnes dan menjalankan kajian keperluan dan kesauran (Requirements & Feasibility Studies) terhadap perkhidmatan ICT.
Menguruskan hal-hal berkaitan penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur ICT PERPADUAN.
Menguruskan hal-hal berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi bagi menyokong urusan bisnes PERPADUAN.
Mempromosi penggunaan sistem aplikasi ICT yang telah disediakan dan menyelaras latihan kepada pengguna.
Memberi khidmat pelangan ICT berkaitan infrastruktur dan sistem aplikasi kepada pengguna di semua peringkat.
Merancang dan menyediakan pelan latihan ICT berstruktur untuk anggota Jabatan dan personel ICT.
Melaksanakan audit IT secara tahunan bagi memastikan amalan ICT memenuhi standard.
(III) Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)
Bahagian Pengurusan Dan Khidmat Sokongan
Menguruskan hal ehwal pentadbiran pejabat termasuk perolehan bekalan perkhidmatan dan kerja.
Menguruskan hal ehwal sumber manusia.
Menguruskan hal ehwal kewangan dan akaun termasuk perolehan bekalan perkhidmatan dan kerja.
Mengurus, menyelenggara dan memantau peralatan dan keselamatan ICT termasuk menyelenggara laman web dan rangkaian.
Menguruskan aset alih dan stor jabatan.
Bahagian Pembangunan Latihan
Merancang, menyelaras serta memantau pelaksanaan dan pengurusan latihan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Strategik Jabatan; dan
Menyediakan laporan penilaian latihan/kursus.
Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat (BPKM)
Merancang dan melaksanakan aktiviti kajian/Kajian dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional melalui penglibatan penyelidik-penyelidik daripada Universiti Awam/Swasta, Agensi Kerajaan/Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui:
Pelantikan perkhidmatan perunding firma atau perunding individu;
Pelaksanaan aktiviti Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) secara berkala;
Pelaksanaan aktiviti kajian secara dalaman dengan bantuan pakar rujuk;
Pelaksanaan seminar/forum/diskusi perpaduan sebagai platform perkongsian ilmu; dan
Penerbitan hasil dapatan kajian seperti jurnal perpaduan, buletin dan bahan-bahan ilmiah lain.
Kluster Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat
Kluster Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
Kluster kajian ini menjalankan kajian untuk mengukur tahap perpaduan dan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang akan menjadi rujukan semua pihak dari dalam dan luar negara.
Kluster Kajian Perpaduan dan Hubungan Etnik
Kluster kajian ini menjalankan kajian hubungan etnik dan isu-isu perpaduan dan kesepaduan sosial yang sangat penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang berbilang etnik.
Kluster Kajian Dasar dan Polisi Perpaduan
Kluster kajian ini menjalankan kajian kepada dasar/polisi awam yang meyokong kepada Dasar Perpaduan Nasional (DPN).
Kluster Sokongan Kajian (Data, Analisis dan Penerbitan)
Kluster kajian ini menjalankan kerja-kerja pengumpulan data, penganalisisan dan penerbitan hasil kajian.
(IV) Bahagian Korporat
Bahagian Korporat diletakkan di bawah Ketua Pengarah PERPADUAN bertanggungjawab sebagai focal point kepada Jabatan ini untuk melaksanakan fungsi dan peranan berkaitan pengurusan hal ehwal korporat PERPADUAN dalam memastikan imej korporat PERPADUAN ditadbir urus dengan cekap dan berkesan dan bertindak sebagai penyelaras pengurusan publisiti,promosi serta media, perhubungan awam dan khidmat pelanggan.
Fungsi Bahagian Korporat adalah seperti berikut:
Pengurusan Imej Korporat
Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat PERPADUAN;
Pengurusan Pelanggan
Merancang dan melaksana program perhubungan awam PERPADUAN termasuk lawatan agensi dari dalam dan luar;
Mengurus dan mengendalikan pengoperasian harian Kaunter PERPADUAN;
Mengurus dan menyelaraskan pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh PERPADUAN melalui surat, emel, telefon, faks dan media sosial;
Merancang dan melaksanakan dua (2) Kajian Kepuasan Pelanggan PERPADUAN setahun; dan
Menyelaras dan memantau prestasi pencapaian Piagam Pelanggan PERPADUAN.
Penerbitan
Merancang dan mengurus penerbitan dalam bentuk cetak dan video bagi tujuan mendokumentasikan program dan aktiviti PERPADUAN;
Menghebahan bahan penerbitan kepada warga PERPADUAN, Pelanggan dan Orang Awam; dan
Menyelaras dan mendokumentasi teks ucapan Menteri, Pengurusan Tetinggi PERPADUAN.
Pengurusan Media
Merancang dan melaksanakan pelan media PERPADUAN;
Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media; dan
Melaksanakan program-program pendampingan media.
Media Baharu
Mengurus dan mengemaskini kandungan Portal PERPADUAN; dan
Menguruskan akaun media sosial PERPADUAN dengan memastikan isi kandungan sentiasa dikemaskini dengan program/aktiviti PERPADUAN.
(V) Unit Integriti
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan kesedaran, penghayatan dan pengamalan integriti di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui program dan aktiviti yang berkaitan.
Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta mengesyorkan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan berkaitan dengan salah laku, penyelewengan dan rasuah atau pelanggaran tatakelakuan dan etika di PERPADUAN.
Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Dibawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Dua (2) bahagian yang terlibat adalah:
(I) Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan (PMK)
Unit Kejiranan
Melaksana usaha-usaha memupuk, memelihara dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui program Rukun Tetangga dan aktiviti kejiranan. Selain itu, merancang dan melaksanakan program-program Rukun Tetangga untuk kesejahteraan komuniti.
Unit Pemerkasaan Komuniti
Melaksana usaha-usaha memupuk, memelihara dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat melalui program Rukun Tetangga dan aktiviti kejiranan.
Merancang dan melaksanakan program-program Rukun Tetangga untuk kesejahteraan komuniti.
Unit Khidmat Komuniti
Membina dan merekayasa jaringan kerjasama dalam melaksanakan program khidmat komuniti.
Unit Keselamatan Komuniti
Merancang dan melaksanakan program-program keselamatan komuniti melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS).
(II) Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KSIN)
Unit Kenegaraan
Merancang, dan menyelaras program/aktiviti kenegaraan melalui Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Merancang dan melaksanakan perluasan KRN di sekolah dan SRN di IPT.
Menyelaras agihan geran kepada KRN di sekolah dan SRN di IPT.
Mengurus peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti kenegaraan.
Memantau pelaksanaan program/aktiviti kenegaraan di peringkat negeri dan daerah/bahagian seluruh negara.
Memastikan penilaian ke atas laporan pelaksanaan aktiviti-aktiviti KRN dan SRN dijalankan selaras dengan garis panduan yang disediakan.
Menyediakan Laporan Penilaian Keberkesanan program/aktiviti kenegaraan secara berkala mengikut Indeks Perhubungan Masyarakat (IPM) dan Prosedur Pengurusan Aktiviti Perpaduan/02/JPNIN.
Unit Integrasi Nasional
Merancang program Integrasi Nasional.
Mengurus dan melaksana program-program integrasi nasional ke arah peningkatan pemahaman dan penerimaan kepelbagaian masyarakat melalui elemen silang budaya.
Mengurus peruntukan kewangan untuk melaksanakan program integrasi nasional.
Menyediakan laporan penilaian keberkesanan program integrasi nasional.
Unit Jaringan Sosial
Merancang program penggalakan hubungan etnik melalui jaringan sosial.
Mengurus dan melaksana program program penggalakan hubungan etnik melalui jaringan sosial.
Membina hubungan dan kerjasama strategik dengan pihak syarikat swasta dan NGO/pertubuhan sukarela bersama agensi kerajaan agar mesej perpaduan dapat disebar luas.
Mengurus peruntukan kewangan untuk melaksanakan program Jaringan Sosial.
Menyediakan laporan penilaian keberkesanan program Jaringan Sosial.
Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Menyemai dan memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa menerusi pendidikan prasekolah dan ko-kurikulum ke arah pembentukan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
Merancang dan menyelaras pengoperasian Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan.
Merancang dan mengurus kewangan Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan.
Bekerjasama dengan pelbagai agensi pra sekolah yang lain dalam usaha untuk memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada mendapat pendidikan awal.
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kem Pendidikan Malaysia.
Melaksanakan usaha peningkatan pengambilan murid Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan daripada pelbagai kaum.
Melaksanakan kursus, seminar dan bengkel ke arah meningkat kualiti tenaga pengajar.
Melaksanakan sistem maklumat murid melalui Sistem Maklumat Pra Sekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan.
Menyediakan kemudahan bagi pelaksanaan Tabika dan Taska Perpaduan.