Accessibility Toolbar
Accessibility Toolbar
Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta 5 prinsip Rukun Negara
Menyemai nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid
Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara
Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum
Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti
Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.
Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid.
Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum.
J: Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
J: Aktiviti KRN boleh dilaksanakan seperti yang digariskan dalam Buku Panduan KRN