Accessibility Toolbar
13.02.2023 - YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah JPNIN telah merasmikan Progran Citrawarna Perpaduan Malaysia Madani yang diadakan di Aeon Mall Kota Bahru.
Program yang berlangsung bermula 11 - 13 Februari 2023 memberikan peluang kepada pengunjung untuk mencuba pelbagai makanan tradisional yang disediakan sendiri oleh guru-guru tabika perpaduan.
Program ini juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi makanan tradisional, persembahan kebudayaan, demonstrasi kraftangan, aktiviti newarna, persembahan seni silat dan lain-lain yang telah menarik ramai pengunjung untuk sama- sama hayati meraikan kepelbagaian budaya terdapat di Malaysia.