Accessibility Toolbar
15 Februari 2023 - Hari ini JPNIN berbesar hati menerima kunjungan hormat dari delegasi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang merupakan salah satu agensi baru di bawah kepimpinan Kementerian Perpaduan Negara.
Tujuan kunjung hormat ini adalah bagi membincangkan bagaimana YSS dan JPNIN dapat berkolaborasi melalui jentera-jentera perpaduan JPNIN.
Delegasi YSS diketuai oleh YBrs. Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS manakala YBrs. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah JPNIN mempengerusikan mesyuarat kunjung hormat ini.