Accessibility Toolbar
Sesi kunjung hormat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Encik Sukri Bin Omar dan turut hadir bersama adalah Ketua - Ketua Seksyen JPNIN WPKL. Manakala deligasi PERKIWISA WPKL diketuai oleh Puan Juliazira Binti Jamain dan bersama - sama 5 ahli PERKIWISA yang lain.
Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai perkara berkenaan matlamat organisasi masing-masing. Disamping itu turut bertukar-tukar fikiran dan idea bagi merealisasikan cadangan-cadangan yang bersesuaian seperti program Perpaduan Komuniti Sejahtera INSYAAF.
Menarik pada kali ini ahli mesyuarat turut berpeluang merasai secara praktikal teknik menangani stress yg dikelolakan oleh coach yg terlatih daripada PERKIWISA.
Pihak PERKIWISA WPKL turut menjemput kepada yang bekelapangan untuk menyertai Mini Karnival Program Perpaduan Komuniti Sejahtera (INSYAAF) pada 13.02.2023 bertempat di IYC Bandar Tun Razak, Cheras dan masuk adalah Percuma!
Akhir sekali, pihak Jabatan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan agar Objektif Murni tersebut dilaksanakan di semua peringkat.