Accessibility Toolbar
Objektif Utama Program ini adalah memupuk semangat penerimaan dan budaya hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia serta menyemarakkan dan memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat amnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara aturcara yang diadakan di dalam Program ini adalah Explorace dan Indoor Game yang melibatkan peserta dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama.
Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah merasmikan program ini dan turut bersama ialah YBhg. Datuk Kamarul Baharin A Kasim Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Y.Berusaha Dr. Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara , Integrasi Nasional WP, Yang Berusaha Puan Zarina binti Zakaria Pengarah BKAPA JPNIN dan Yang Berusaha Encik Mohd Khairul Kamaruddin wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL.
Pihak Jabatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Muzium Negara, Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah banyak membantu dari sudut kebajikan, tempat program dan lain – lain lagi.
Disamping itu, jutaan penghargaan kepada Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, HAWA, Kelab Warisan Wibawa Selangor dan Kuala Lumpur, Sukarelawan SISWA, Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Karumariaman Alayam, Persatuan Kebajikan Hua Guang Tah, dan McDonald Malaysia yang bersama – sama menjayakan program ini dari awal sehingga ke akhir program