Accessibility Toolbar
Warga Perpaduan KL yang terdiri dari kakitangan Jabatan, Pengerusi dan Ahli Rukun Tetangga, Guru dan Penolong Guru Tabika, Pendidik dan Pembantu Pendidik Taska Genius Perpaduan serta Ibubapa kanak-kanak Tabika Perpaduan telah sama-sama memeriahkan lagi Program Kelantan Art & Culture Festival Tour yang telah berlangsung mulai hari Jumaat sehingga hari Ahad ( 24 – 26 Februari 2023 ) mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam di Perkarangan Muium Negara
YBrs. Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah hadir sekaligus melakukan Walkabout program pada pagi ini. Pengarah JPNIN WPKL iaitu Dr Beh Sang How juga telah hadir bersama sebagai tanda sokongan kepada rakan agensi KPN.
Pelbagai acara sukan rakyat, demonstrasi pembuatan wau, keris, batik, persembahan tarian dan dikir barat, jualan makanan dan bermacam-macam lagi. Pengunjung yang hadir juga dapat menyertai acara yang disediakan dan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.
Program ini juga dapat menarik perhatian ramai warga kota yang belum berpeluang mengunjungi Negeri Kelantan merasai sendiri pengalaman berkaitan makanan, adat resam tentang Negeri Kelantan.