Accessibility Toolbar
25 Julai 2023 - YBrs. Encik Zulkifli bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah menghadiri program #SaySomethingNice Media Launch bertempat di Damansara, Kuala Lumpur.
Penganjuran kempen #SaySomethingNice oleh syarikat Zubedy (M) Sdn Bhd ini telah dilancarkan pada tahun 2011 dan ini merupakan kali ke 10 setelah terhenti selama tiga tahun akibat pandemik Covid.
JPNIN telah mula berkolaborasi bersama syarikat Zubedy (M) Sdn Bhd dalam kempen ini sejak 2014 sebagai salah satu usaha meningkatkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Kempen #SaySomethingNice akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 16 September setiap tahun bagi mempromosikan uniti dan menyemarakkan kepelbagaian budaya serta tradisi yang dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.
"Stay MEASURED to move forward" merupakan tema pada tahun ini.