Accessibility Toolbar
23 Julai 2023 – YH Dato’ Ts Profesor Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang telah merasmikan Program Diskusi Perpaduan bertempat di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang Kampus Paya Besar, Kuantan.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara, Universiti Malaysia Pahang bertujuan meningkatkan pemahaman, penghayatan serta penerapan rukun negara dalam diri mahasiswa dimana ia menjadi satu medium saluran ilmu mengenai perpaduan serta memupuk etika dan nilai yang berintegriti tinggi.
Seramai 600 pelajar Universiti Malaysia Pahang menghadiri program ini yang melibatkan mahasiswa pelbagai kaum. Antara pengisian aktiviti lain dalam program ini adalah kuiz kenegaraan, penyerahan insentif Pendidikan dan bantuan komputer riba Yayasan UMP kepada pelajar yang tidak berkemampuan.