Accessibility Toolbar
21 JULAI 2023 - Bertempat di Wangsa Bowl IOI Mall, Putrajaya, seramai 70 warga Perpaduan telah menyertai Kejohanan Bowling Santai Perpaduan yang julung kali diadakan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Perpaduan Putrajaya (KESPADU).
Sebanyak 13 pasukan yang terdiri daripada ibu pejabat, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dan JPNIN Putrajaya telah menyertai kejohanan ini.
Kejohanan ini turut disertai oleh YBhg. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN bersama pengurusan tertinggi, pengarah-pengarah bahagian dan warga kerja Perpaduan.